Macam mana nak pilih brokoli yang bagus dan berkualiti? Ini caranya!

Macam mana nak pilih brokoli yang bagus dan berkualiti? Ini caranya! | Assalamualaikum, hai... Seperti yang kita ketahui, brokoli adalah superfood yang begitu banyak kebaikannya.

 Baca Juga  : Kebaikan di sebalik brokoli

Cara pilih brokoli berkualiti dan elok
Sumber : hellosihat.com

Namun, entri Fiza kali ni, bukanlah nak bercerita pasal kebaikan ataupun keburukan brokoli. Tapi... Sebaliknya Fiza nak share tentang cara untuk memilih brokoli yang segar dan berkualiti. Al-maklumlah, kekadang ada masa kita main bantai je beli... Tanpa mengira elok ke tak. Bila dah sampai rumah barulah perasan.

Eh! Nampak lembiklah batang brokoli ni! 

Dah sudah... Alih² masuk tong sampah. Betul tak?

Actually, tips pilih brokoli ni dikongsikan oleh saudara Muhammad Rashdan di facebook miliknya. Memandangkan ramai yang share... Sampai 64K. Apalagi, Fiza pun terpanggil jugak untuk kongsikan. At least, ada jugak guide untuk pilih brokoli. Kan?

Sumber : FB Muhammad Rashdan

Berdasarkan sumber...

  1. First things first, kena tengok pada warna brokoli tersebut. If warna lebih gelap, ia menandakan brokoli tersebut telah tua atau matang. Jika bewarna hijau terang pulak, ia dikatakan masih muda. Nak kan brokoli yang cepat masak, sedap dan rangup... Tipsnya, kenalah pilih yang muda.
  2. Kedua, lihat pada bahagian tengah batang brokoli. Jika warnanya kekuningan dan lembik... Itu menandakan bahawa brokoli tersebut mulai rosak.
  3. Kemudian, perhatikan jugak bahagian celah batang, kalau brokoli yang rosak... Ulatnya pasti kelihatan banyak. Namun, if lansung takde ulat pun tak bagus jugak... Sebab takut dicemari pesticide.

Mudah kan?

Tu antara lain, tips paling penting untuk memilih brokoli yang elok. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Post a Comment

7 Comments

  1. Brokoli ni superfood harga berpatutan...tpi kne basuh dgn bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cikguzim. Fiza selalu kalau cuci brokoli, mesti rendam sekejap dengan cuka dan garam. Takut ada bendasing selain ulat. Hehe...

      Delete
  2. Biasa memang pilih yang muda baru sedap makan. kalau salah pilih membazir bila nak masak tengok² tak elok dah. Terbaik tips ni.

    ReplyDelete
  3. brokoli selalu banyak ulat, ya mun kamek masuhnya, rendam ngan aik garam. rega pula kenek tok dah agak murah compare to dolok. masa perayaan je berabis meli brokoli, ari biasa sik dpt gilak, mahal 😜😜

    ReplyDelete
  4. Selalu memang pilih yang muda dan belek celah-celah ranting tu.. tips batang, ini baru tahu.. terima kasih

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com