Checkup 5 Tahun

Checkup Ain 5 Tahun - Assalamualaikum, hai... Seminggu dah tak updated blog, tup-tup tinggal 3 hari lagi kita akan melangkah tahun 2020. Banyak cerita nak share, tapi tu la... Bila malas, semuanya tergendala.

Walaupun malas, rindu nak menaip itu tetap ada. Actually, sekarang ni Fiza bercuti di rumah mertua. 24hb haritu, kitorang dah di Kuching. Sibuk punya pasal... Lansung tak up to date. Hehe...

Kek birthday 5 tahun

Bulan 12 birthday Nur Ain yang ke-5 dan setiap tahun pasti ada kek hari lahir untuknye. Bila usia dah 5 tahun, kenalah buat checkup di klinik atau hospital berdekatan.

Temujanji Anak Di Klinik Pada Usia 5 Tahun

Before bercuti ke Kuching haritu, Fiza bawak Nur Ain checkup 5 tahun. Kebetulan Fiza pun kena buat checkup kehamilan jugak. So sekali jelah. Kami pergi belah petang bertemankan encik suami. Alhamdulillah, orang tak ramai... Jadi, masa menunggunya takdelah lama sangat. Cuma masa Fiza buat checkup pregnancy jelah... Yang lama. Yelah! semua nak kena buat termasuk review BSP.

Untuk checkup budak 5 tahun, seperti kebiasaan... Timbang berat dan ukur ketinggian pastinya wajib dilakukan. So far, berat Nur Ain on track... Semuanya Normal dan BMI pun cantik. Alhamdulillah... Selain tu, Nur Ain jugak kena check mata. Al-maklumlah, zaman sekarang... Ramai budak rabun. Tapi, Alhamdulillah untuk Nur Ain takde masalah mata. Part main handphone, memang Fiza dan encik suami bertegas... Main handphone dua kali sehari je. Masa pun kami bagi 10 minit je. So far, dorang dah terbiasa dengan rule kami. Tegas tapi ada alasan... Maksud Fiza, setiap kali dorang mintak lebih waktu... Fiza dan encik suami akan terangkan kepada dorang...

Bukan mak ayah tak nak bagi main handphone lama-lama, tapi ada sebabnya kenapa tak boleh lama. Nak mata buta ke?. Siap tunjuk contoh lagi di youtube. Dan... Fiza bersyukur sangat-sangat, bila checkup kali ni... Nurse siap bagitau kenapa sekarang ni kena check mata jugak. So, takdelah dorang ingat kami saja-saja je buat cerita.

Ubat cacing berperisa coklat

Before balik, Nur Ain dibekalkan dua biji ubat cacing berperisa coklat... Yang mana kena makan belah malam selepas makan malam, Alhamdulillah, dah selamat masuk perut dengan jayanye. Hehe...

Bila tengok ubat cacing sekarang... Alahai!bestnya, siap ada perisa coklat lagi. Dahtu, cacing pulak akan hancur dalam perut jadi taik. Dulu... Zaman Fiza sekolah rendah tahun 80an... 90an, ramai anak-anak takut nak makan ubat cacing tau. Fobia! Mana taknye, lepas makan... Dua tiga hari confirm cacing putih keluar dari dubur. Takut giler... Siap panggilkan emak untuk tolong tarikkan. Seriau oii...

Pernah tak korang alami pengalaman sama macam Fiza?

Post a Comment

3 Comments

  1. waalaikumussalam. dedulu ubat cacing jenis cecair kan. tapi lupa dah ubat cacing dedulu tu ada warna ka tak. haha

    ReplyDelete
  2. samalah kita kak. Seminggu blog tak update. Eh, menarik betul ada ubat cacing coklat. Okay juga tu buatkan anak anak senang nak makan ubat

    ReplyDelete
  3. hahahaaa teringat kamek bab cacing yea, mmg scary zaman mek org dolok, kdg2 gik idup kluar, tpaksa narit guna kayu.
    dak ava mek dah guna spek, rabun silau nok byk

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com