Free Blog Header Dari Azhafizah.com

Free Blog Header Dari Azhafizah.com - Assalamualaikum, hai... Selamat menyambut tahun baru 2020 semua. Baru harini Fiza berkesempatan untuk menjenguk blog balik. Al-maklumlah, bila dah bukak sekolah... Minggu pertama mesti sibuk kan. So far, perjalanan hari persekolahan Alia dan Ain berjalan dengan lancar. Dua-dua excited nak ke sekolah. Alhamdulillah, tahun ni... Kak Alia darjah 2 dah, Kak Ain pulak... Prasekolah 6 tahun.

fizacrochet.com

Free Blog Header
Sebelum update blog, biasanya Fiza akan check email dulu. Wah! tak sangka pulak dapat email dari empunya blog Azhafizah.com. Dia bagi header percuma la untuk blog Fiza. Terima kasih banyak-banyak ye Fiza kerana sudi buatkan header untuk blog akak.

Fiza suka masuk blog dia... Sebab satu, foto yang dia share sangat cantik. Pernah jugak tanya, dia ambik gambar guna apa. Haha... Tak sangka, guna handphone je pun. Kemudian, kalau nak tahu... Dia jugak ambik tempahan untuk design macam-macam seperti header, watermark, blog dan sebagainya. If korang berminat... Terjah je blog dia.

Then, lagi satu... Banyak hasil tulisan dia yang sangat membantu terutamanya untuk blogger² baru. Tip-tip bagaimana nak tingkatkan trafik blog pun dia ada kongsikan. Pendek kata... Orangnya bukan sahaja ramah, malah tak lokek dengan ilmu.

Apa-apa pun, terima kasih tau Fiza kerana sudi buatkan header blog akak secara percuma. Tak sangka pulak blog akak terpilih. Hehe...

Bye! Jumpa lagi di lain entri.

Post a Comment

3 Comments

  1. Sukanya bila dapat hadiah dari orang kan? ^^

    ReplyDelete
  2. wah best juak ek, dapat header free,
    kamek plan nak tukar rupa blog tapi blm ada kerajinan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Terima kasih kak sudi terima. Happy new year!

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com