Drama Yang Bakal Menggantikan Setelah Ku Dimiliki | Assalamualaikum, hai... Korang tengah buat apa? Di tempat Fiza sekarang, cuaca masih lagi hujan. Sementara anak-anak masih tidur, Fiza curi masa yang ada untuk menaip entri di blog. Biasalah, dah nama pun minat… Walaupun jarang updated, bila ada masa… Blog pasti akan dirindui jugak. Betul tak?

Korang layan tak slot Akasia Setelah Ku Dimiliki?

Fiza pulak, dari episod pertama lagi dah tak layan. Jujurnya, Fiza tak minat akan lakonan Intan Najuwa tu. Bila digandingkan pulak dengan Zul Ariffin sebagai suami isteri. Aduh! Macam tak sesuai je. Kalau watak abang dan adik tu… Bolehlah kan?. Haha…

Walaubagaimana pun, itu hanyalah dari sudut pandangan Fiza. Ke… Ada yang sependapat dengan Fiza? Hehe…

 Baca Juga  : Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki

Adellea Sofea Di Slot Akasia Bermula 6 Disember 2019

Adoi! Panjang pulak muqadimah… Padahal, misi utama… Hanyalah untuk berkongsi maklumat. Untuk makluman korang, berdasarkan sumber… Minggu ni merupakan minggu akhir untuk drama setelah ku dimiliki. Kemudian, drama terbaru yang bakal bersiaran selepas drama tersebut nanti adalah drama berjudul Adellea Sofea lakonan Ungku Ismail Aziz dan Mira Filzah. Rasa-rasanya, mereka sepertinya pertama kali digandingkan bersama membawa watak hero dan heroin. Betul tak? Adakah keserasian mereka wujud di dalam drama ni? Kenalah tunggu akan kemunculannya bermula 6 Disember nanti, semestinya di slot akasia tv3, setiap malam Isnin hingga Jumaat… Jam 7 malam.

Sumber : Myinfotaip

Selain Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz, terdapat jugak pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut. Antaranya adalah seperti Jasmine Suraya sebagai Suzie, Bella Dally sebagai Illya dan Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah.

Rasanya, drama ni bukanlah drama adaptasi daripada Novel.

Walaubagaimana pun, menurut sumber… Kisah Di sebalik drama Adellea Sofea ni digambarkan sebagai sebuah drama yang berkisar tentang kisah rumahtangga. Ia mengisahkan tentang Adellea Sofea seorang gadis solehah yang jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap mampu memberi kebahagiaan dan kemanisan dalam hidupnya.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakkan. Kemuncaknya, apabila Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri. Apakah yang terjadi pada Adellea Sofea? Adakah mereka bercerai? Atau adakah Firdaus insaf?

Macam menarik? Betul tak? Cuma… Jalan ceritanya, seperti biasa didengari dan kita sebagai penonton pun sepertinya boleh agak dah apakah antara scene yang bakal berlaku dalam drama tersebut. Betul tak?

Tapi… Tu la, kekadang… Best atau tak sesuatu drama tu, semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap pelakon terhadap watak yang mereka pegang. Ada je, drama… Yang jalan ceritanya biasa-biasa je, tapi… Apabila pelakon yang membawa watak di dalam drama tersebut… SESUAI DI MATA PENONTON, apalagi… Itulah yang akan membuatkan rating sesuatu drama tu menjadi tinggi. Betul tak?

Terus terang Fiza cakap. Fiza akan menonton sesuatu drama tu bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian pelakon, sinopsis dan jugak masa yang Fiza ada. That why, tak semua drama Fiza updated di sini.

Korang pulak bagaimana, adakah akan menonton sesuatu drama tu based on sinopsis drama sahaja? Atau ada faktor lain yang mendorong…

Jom Sembang…