Pendapat Peribadi Tentang Oreo Red Velvet Edisi Terhad

Pendapat Peribadi Tentang Oreo Red Velvet Edisi Terhad | Assalamualaikum, hai... Bila ramai yang review tentang oreo red velvet limited edition, Fiza terpanggil untuk mencuba. Walhal, Fiza jarang sangat nak membeli oreo... Sebab sangat manis bagi Fiza.

Bila terlihat red velvet... Wah! Seperti ada kelainan. Yelah! Selalu yang kita tengok luarannya coklat right. Cuma yang membezakannya inti di dalam. Tapi, untuk red velvet... Color pun dah lain... Mesti rasa pun lain. Betul tak?

Itu first impression Fiza sebelum mencuba.

Nak dijadikan cerita, petang tadi encik suami ajak ke Betong... Isi minyak kereta. Fiza try la mintak tolong dia belikan. Just cuba... Kot² lah ada. Benda terhad ni, jangan berharap sangatlah ye. Mula² singgah di G-Mart. Hampa! Lansung takde.

 Baca Juga  : Review Biskut Kelapa Jenama Roma

red velvet limited edition

Tapi, suami try jugak singgah satu kedai lagi. Kedai Chop Siang Hak. Alhamdulillah, rezeki mak buyung. Dapatlah beli sebungkus. Tak nak beli lebih... Takut pulak tak habis.

Review Tentang Biskut Oreo Red Velvet Limited Edition

Review dari segi pembungkusan. Seriously, memang menarik perhatian. That why, ramai yang terjebak nak membeli. Lagi² keluaran kali ni adalah edisi terhad. Red velvet pulak tu. Siapa tak nak mencuba. Kan?

Then, harga pun takdelah mencekik darah. So far, yang kami beli... Ia dijual dengan harga RM3.20 sebungkus.

Dari segi rasa pulak... Sedap! Sungguh tak tipu. Tapi, stail Fiza makan... Inti dibuang ok! Sebab... Bagi Fiza, intinya tersangatlah manis walaupun rasanya lemak manis keju ye. Jika diberi peluang untuk memberi rates kepada produk oreo red velvet ni... Fiza bagi 4/5.

Alhamdulillah, tertunai jugak hajat nak merasa. Hehe...

Korang dah cuba, belum? 😊

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. O yeke. Tryla... Sedap! Cuma intinye jelah manis. 😊

      Delete
  2. fiza pun jarang makan oreo sebab manis juga tapi macam teringin juga nak rasa yg red velvet ni sebab RV memang favourite.

    ReplyDelete
  3. Tak cuba pun sebab saya bukan peminat red velvet.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com