Bouquet Bunga Untuk Konvokesyen Pra-U

Bouquet Bunga Untuk Konvokesyen Pra-U | Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Alhamdulillah, sepatutnya adik yang ambik tempahan membuat pelbagai jenis bouquet. Memandangkan dia pergi bercuti dengan suami... Dan ada pulak yang order, rushing nak guna esok... Mintak tolong sangat². Sian pulak Fiza... Al-maklumlah, tempat Fiza susah nak dapatkan bouquet if nak guna on the spot. Nak atau tak... Sian punya pasal. Fiza try buatkan. If tak menepati, boleh je reject... Haha. Boleh pulak gitu kan.

Nak dijadikan cerita... Apalagi, semalam terus mencari bahan yang diperlukan based on apa yang customer nak. Tema purple pink, bajet RM40. Hurmmm... Disebabkan jari tak kreatif, apalagi... Youtube la jadi tempat buat rujukan. Zaman sekarang senang... Semuanya di hujung jari. Cuma tinggal nak atau tak je... Betul tak? Paling penting, cara wrapping bouquet la... Kena kemas. Kalau serabut, nanti tak cantik pulak.
Wrapping bouquet bunga untuk konvokesyen
So far, bahan semua boleh didapati daripada kedai DIY... Kecuali bunga jelah. Kena beli di kedai bunga. Alhamdulillah, berjaya membuatnya walaupun dalam keadaan berebut-rebut. Customer pun puas hati. Siap puji cantik lagi.

Syukur sangat²...

Biasalah zaman sekarang... Budak prasekolah pun konvo dapat bouquet coklat... Inikan pulak pra-u, kan? Teringat pulak zaman konvo di Unimas dulu... Dapat bouquet bunga pun encik suami yang bagi. Haha...

Post a Comment

8 Comments

  1. Tangan berseni gubah apa pun cantik.. Kemas je hasil tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time mencuba ni oked. 😂😂😂. Nasib baik customer puas hati, kalau tak redha je kalau kena reject. Hehe...

      Delete
  2. boleh lah yea fiza tuk begginner, mun diterus boleh buat bisnis 😀 pa kabar tek? lama juak diri senyap dari blog, jenuh nunggu updet 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. So far kamek sihat, Alhamdulillah. Cuma yalah, bila dah buntin tok malas gilak rasa mok update blog. Yalah nyuruh jarang ada entri baru. 😃

      Delete
  3. Ha aa nampak cantik macam yang orang jual

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com