Bilakah Pergerakan Janin Atau Bayi Dalam Kandungan Boleh Dirasai?

Bilakah Pergerakan Janin Atau Bayi Dalam Kandungan Boleh Dirasai? | Assalamualaikum, korang apa khabar?... Dah beberapa hari tak update blog. Terasa rindu pulak nak menaip. Biasalah... Weekends, Fiza banyak habiskan masa dengan anak² dan suami. Tak larat pulak nak buat entri autopublish... Sudahnye, blog sunyi tanpa cerita. Cuma, kekadang ada jugak blogwalking... Pada yang Fiza tak balas lagi kunjungan... In Shaa Allah, nanti Fiza singgah blog korang ye.

Well, sementara anak² dan suami masih di sekolah. Apalagi, Fiza curi masa yang ada untuk hobi Fiza yang satu ni.

Pada Usia Kandungan Ke Berapakah Pergerakan Bayi Atau Janin Mula Dirasai?

Bila dah beberapa kali mengandung, kita boleh detect dah... Bila baby dalam perut kita mula bergerak. Betul tak? Cuma... Masa first baby la selalu confius. Kekadang mengeras, kekadang seperti ada angin yang meletup seawal 12 minggu kehamilan... Ingatkan angin, rupanya... Kalau menurut nurse... Itu jugak petanda baby bergerak dah sebenarnya. Cumanya kita yang tak perasan. Betul tak?

Walaubagaimana pun, based on pengalaman sendiri... Baby mulai dirasakan bergerak pada minggu ke-18 kehamilan. Sangat ligat dan aktif, lagi-lagi masa Fiza lapar.... Kemain dia menari-nari. Hehe...

Waktu yang paling aktif bayi bergerak adalah belah siang... Malam pulak kurang, kecuali bila Fiza bangun malam selepas kencing. Ada jugakla rasai pergerakkannya.

Alhamdulillah, itulah yang Fiza rasai dan lalui sekarang. Betapa indahnya nikmat yang Allah kurniakan. Syukur sangat². Semoga baby yang dikandung sentiasa di dalam keadaan baik dan sihat hendaknya. Aamiin...

Bilakah pergerakan bayi dalam perut boleh dirasai

Reaksi Anak-Anak Dan Suami Apabila Merasai Pergerakkan Bayi Di Dalam Perut

Alhamdulillah, moment yang indah pastinya Fiza mahu kongsikan dengan suami dan anak-anak. Alia dan Ain begitu excited nak ada adik. Berebut-rebut nak sentuh perut Fiza... Tiap kali Fiza bagitau adik bangun dan bergerak. Sudahnya, now dorang asyik tanya... Bila adik akan keluar. Masing² siap bagitau nak tolong jaga. Haha...

Suami pulak berharap baby kali ni... Baby boy. Wallahu'alam. Kita hanya mampu merancang dan berdoa... Yang Maha Berkuasa menentukannya adalah Allah. Apa-apa pun pada Fiza takdelah mengharap sangat... Yang penting, baby lahir cukup sifat dan sihat... Itu dah sangat² bersyukur. Kan?

Bab² baby bergerak ni, jomla share pengalaman korang. Bila korang start boleh rasa bayi bergerak dalam perut? At least ada jugak info buat wanita² yang bakal bergelar ibu.

Apa² pun, buat rakan yang belum ada rezeki. Bersabar ye. Allah Maha Mengetahui. Tiba masanya pasti ada... Cuma, bezanya cepat atau lambat... Yang pasti, Allah tak pernah menzalimi hamba²NYA. Fiza doakan semoga korang cepat² jugak dapat baby. Aamiin....

#pengalaman
#pengalamanmengandung
#mengandungusia37tahun

Post a Comment

10 Comments

  1. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat. Syukur Alhamdulillah. Saya baru merasa sekali sahaja nikmat mengandung ni. Doakan rezeki buat saya dan suami untuk tambah zuriat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih atas doa Orkid. Fiza doakan semoga Allah mendengari doa orkid dan suami juga. Mudah²an Orkid diberi peluang untuk menambah zuriat lagi. Fiza pun jarak anak kedua dengan yang ketiga ni pun dah 5 tahun.

      Delete
    2. Allahumma Aminn... terima kasih.

      Delete
  2. oh minggu ke-18 biasa. semoga mendapat manfaat kepada ibu2 muda sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Waktu bergerak tu lah kena usap dan baca ayat quran zikir , kata2 yg baik dan semua itu mmbentuk peribadi bayi yg bakal dilahirkan ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas peringatan. Mudah²an hendaknya. Aamiin...

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan untuk melahirkan nanti, Kak Fiza. Mudah-mudahan baby dan Kak Fiza sentiasa sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih atas doa dari Jannah. Semoga semua urusan kita sama² dipermudahkan hendaknya.

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com