Review Dutch Lady Pure Farm Susu Berperisa Kurma | Assalamualaikum, selamat berhujung minggu semua. Sementara anak² dan suami masih tidur, Fiza curi masa yang ada untuk update blog sebentar. Rindu haishhh dengan hobi yang satu ni. Hehe...

Actually, ni kisah petang semalam...

Around jam 4.30 petang lepas waktu solat Asar, encik suami ajak keluar beli strips untuk check bsp Fiza next week. Al-maklumlah, pregnant kali ni Fiza GDM on diet. Tak larat nak ulangalik ke klinik buat bsp, so encik suami belikanlah Fiza blood glucose meter tu siap²... So, bolehlah Fiza buat sendiri di rumah. Bila dah habis stripnya... Kenalah awal² standby.

So far, setakat ni paras gula Fiza under control. Cuma... Kena control makan jela, walaupun hakikatnya... Nafsu makan pregnant kali ni tak boleh nak dikawal sebenarnye. Semua benda nak. Cepat lapar pulak tu. Huhu...

Tutup cerita tu... Sambung point utama...

Lepas kami ke farmasi, singgah pulak di kedai keluarga... Alia dan Ain mintak dibelikan Air. Padahal ada je bawak air kosong dalam kereta. Dorang beli air Ribena, Fiza dan encik suami pulak beli susu dutch lady perisa kurma. Nak jugak mencuba... Tak pernah lagi merasa.

Tulah... First time Fiza mencuba. Sian kan... Haha.

Review dutch lady susu kurma

Pendapat Peribadi Tentang Rasa Susu Dutch Lady Kurma, Sedap Tak?

Secara jujurnya... Fiza dan suami kali ni sependapat. Rasa susu tersebut biasa² je. Lebih manis dari Farm Fresh. Tapi still boleh lalu anak tekak... Namun, mesti sejuk. Kalau tak sejuk... Boleh muak dibuatnye.

Kalau diberi pilihan... Fiza dan suami lebih suka yang Farm Fresh punya susu kurma. Lagi sedap... Tapi, Kalau takde Farm Fresh... Dutch lady Susu kurma pun ok jugak. Kiranya, pilihan kedua la... Kalau mintak disenaraikan di dalam pilihan kami.

Baca Jugak : Pendapat peribadi tentang susu kurma Farm Fresh

Apa² pun... Itu dari sudut pandangan Fiza based on pengalaman sendiri. Lain orang, lain selera. So tak dapatla kita nak kata...

'kenapa ek ramai yang kata sedap... Padahal bila aku rasa, biasa² je'. 

Kena ingat... Selera setiap orang berbeza. Nak mencuba pun terpulang kepada hak individu sebenarnye.

Kita ada pilihan bah. Betul tak?

Yang penting, hajat mak buyung dah tertunai. Bye... Simple review dari Fiza. Korang dah try belum susu kurma dutch lady?