16 July 2019

Drama Sweet Dreams Bersiaran Selepas Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Mira Filzah & Ben Amir Astro Ria

Megadrama Terbaru Menggantikan Setelah Terlafaznya Akad | Siapa layan setelah terlafaznya akad? Best tak? Fiza tak layan pun. Seperti biasa, Fiza sejenis tengok pelakon... Kalau macam tak best, memang tak layan. Tapi, untuk drama yang bakal menggantikannya pada 5 Ogos 2019 nanti... Mungkin layan. Tengok macam Mira Filzah dan Ben Amir yang berlakon. Drama pun adaptasi dari novel tulisan Acik Lana.

Setakat ni, kalau drama yang adaptasi daripada novel karya Acik Lana... Tak pernah menghampakan. Betul tak?

Sweet dream astro ria
Sumber gambar : Myinfotaip

Apa-apa pun, sebelum dramanya bersiaran... Seperti kebiasaan, Fiza jugak suka nak update di blog tentang info mengenainya. Atleast, before menonton dah tau dah serba sedikit gambaran mengenainya. If first episode dah tak menarik, boleh tukar channel terus. Betul tak? Haha... Jahat sungguh.

Betul! Sekarang ni, Fiza tak suka buang masa nak menonton drama lama-lama. Kalau intro dah tak best, plus pelakon tak sesuai... Memang reject terus nak layan.

SINOPSIS MEGADRAMA TERBARU SWEET DREAMS RIA 104

Ok berbalik pasal sinopsis, based on sumber myinfotaip, sinopsis drama sweet dreams actually mengisahkan tentang Putri ( Pelakon Mira Filzah sebagai Putri ). Putri diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau 'Minah Clumsy' sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh Putri sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangan Putri sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat. 

Qas Adam ( Pelakon Ben Amir sebagai Qas Adam ), seorang pelukis yang selalu mendapat mimpi tentang kejadian buru yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialaminya pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qah dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.


REVIEWS DARI PEMBACA NOVEL SWEET DREAMS KARYA ACIK LANA

Selain sinopsis, Fiza jugak suka nak up mengenai ulasan para pembaca novel. Yelah! Nak menonton sesuatu drama tu kena tengok jugak reviews. Barulah semangat nak menonton. Tu pun kalaulah ulasannya menarik la kan.

Untuk novel sweet dreams, berikut adalah antara ulasan atau pendapat para pembaca yang telah membaca novelnya.

ulasan novel sweet dreams
Sumber dari Goodreads

reviews novel sweet dreams
Sumber dari notasepalit

novel sweet dreams karya acik lana
Sumber dari mummyayu

So, bagaimana? 

Ulasan pun macam best je. Kan?

Mesti terasa nak menonton kan. If nak menonton, save the time ok. Jangan lupa 5 Ogos 2019 nanti. Di Astro Ria, semestinya di slot megadrama. Isnin hingga Khamis, Jam 10 malam. Antara para pelakon yang menghiasi drama itu nanti adalah seperti Mira Filzah sebagai Putri, Ben Amir sebagai Qash Adam, Sean Lee sebagai Karl, Nina Juren sebagai Puan Laila, Yuna Rahim sebagai Cempaka, Nasz Sally sebagai Farah, PU Azman sebagai Cik Man dan Didi Astillah sebagai Melissa.

drama sweet dreams
Sumber dari Myinfotaip
Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Saya ada nampak kat FB tentang drama ni. Walaupun peminat novel Melayu,tapi saya tak pernah lagi baca novel ni.

    ReplyDelete
  2. Sekarang tgh layan cite STA tu. Hehe.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com