Alamat Penerima Pos Laju Salah Pulak! | Assalamualaikum, Selamat tengahari? Korang tengah buat apa? Fiza baru lepas tidurkan Iky. Siapa Iky, kenalah baca entri DI SINI. Seperti biasa... lepas tidurkan dia, Fiza akan update blog terlebih dahulu.

Kali ni berkaitan pengalaman Fiza berurusan dengan operator careline pos Malaysia.

Kisahnya...

Last week Fiza poskan barangan kait ke Cheras. Fiza tulis semua alamat, kemudian ayah tolong poskan. Siap tulis, terus pos... Lansung takde dah nak buat double checkup alamatnye...

Duatiga hari sampaila tu. Kalau ikutkan kebiasaan...

Kemudian, pada hari ketiga... Di mana bungkusan sepatutnya sudah selamat diterima oleh penerima... Lansung tak sampai. Rupanya, posmen dah cuba untuk hantarkan... Tapi mereka gagal disebabkan alamatnya salah. Poskod betul, nombor jalan ke rumah penerima salah.

Si penerima bagitaula Fiza barang dia tak dapat lagi. Then, dia suruh Fiza call careline pos Malaysia untuk ditukarkan alamat.

Ok! Fiza yang silap... So, Fiza yang sepatutnya settle kan semua right. No hal...

Apakah Tindakan yang perlu dilakukan apabila alamat penerima pos laju berlaku kesalahan?

Actually malam Jumaat dah dia bagitau. So, on the spot selepas dia call Fiza pun check laman pos Malaysia.

Waktu operasi pos Malaysia
Sumber dari laman pos Malaysia

Kalau dilihat pada jadual waktu operasi di atas... Dah tak bukak dah. Tapi, Fiza ambik inisiatif hantar email. Tak cukup tu... Pagi Sabtu, seawal jam 8.30 pagi Fiza call. Haha... Tepat ye. Then, bercakap dengan staff yang bertugas.

Bila Fiza dah habis bercakap mengenai masalah Fiza. Dia pun bagi cadangan... First, kata dia... Penerima boleh je collect sendiri di pejabat pos... Yang penting, nama dan nombor telefon kena sama.

Kemudian, mereka boleh tolong tukarkan alamat. Tapi tak jamin boleh ke tak? Sebab semuanya bergantung kepada keberadaan barang itu di mana. If still berada di pejabat pos berdekatan tempat penerima tinggal... Selepas dua hari bekerja, proses pertukaran alamat boleh dilakukan.

Ok, takpe... Settle call careline. Kena tunggu jela progress macam mana right. Lepas tu, Fiza terus inform kepada si penerima... Yang Fiza dah pun buat apa yang patut. If takde rezeki... Dan barang di pulangkan balik... Takpe, Fiza akan tanggung kos penghantaran semula. Fiza yang salah. kan?

Walaubagaimana pun, si penerima jugak turut mengambil inisiatif untuk call pejabat pos Cheras bagitau jangan pulangkan barang tersebut ke Sarawak dan mintak dorang hantarkan semula mengikut alamat yang dia sendiri bagi.

Adakah alamat ditukarkan selepas tindakan dibuat? Adakah bungkusan berjaya sampai ke tangan penerima?

Alhamdulillah, rezeki kami... Barang dah pun selamat diterima oleh penerima. Terima kasih pos Malaysia ye... Kerana berjaya menyelesaikan kesulitan pelanggan. Tahniah!

Kesimpulannya, kena hati-hati menulis alamat pada bungkusan. Takut tersalah alamat. Bila tersalah... Automatik, barang tak kan sampai kepada penerima dan terpaksa dipulangkan semula.

Namun, kesilapan itu tetap jugak boleh berlaku tanpa kita sedari. That why, kena selalu trace tracking number. If perasan awal yang alamat salah... Cepat-cepat bertindak. Peluang untuk tukarkan alamat boleh lagi dilakukan. Kalau dah dalam perjalanan return tu... Minta maaflah ye... Kena buat pengiriman semulalah jawabnya.

That it's. Antara pengalaman Fiza dengan pos Malaysia.

Semoga bermanfaat buat semua.