20 July 2019

Ian Rizky 6 Bulan

Ian Rizky 6 Bulan | Alhamdulillah, anak adik still dalam jagaan emak. Bila Alia dan Ain bersekolah... Dialah tempat Fiza bermain. Kekadang boleh buat touching... Yelah! Rindu semacam je dengan bau baby Alia dan Ain.

Haritu, 15hb... Encik suami temankan Fiza bawak Iky ke klinik kesihatan. Check up 6 bulan. So far perkembangan dia... Semua ok termasuk tinggi dan berat. Then, kena inject satu di peha kiri untuk 3rd dos Hepatitis B. Meraung sekejap je. Bagi susu, terus terdiam. Anak lelaki mana boleh nangis right.

Ian rizky 6 bulan

Haha... Abaikan picture tu. Fiza bagi dia jadi model topi kait. Tu yang tersenyum lebar. Nampak macam baby girl, kan? Haha...

Apakah perkembangan bayi berusia 6 bulan?

Lain budak lain perkembangannya ok. Sila take noted. Jangan bandingkan anak orang dengan anak kita ye. Untuk Iky, so far dah 3 bulan dah start main air liur... Kalau tak bawak sapu tangan... Confirm! Bahagian bahu kita lencun basah disondolnye... Tanda gigi nak tumbuh pun ia... Asyik menjolok gusi dengan lidah.

Part meniarap pun dah expert. Bila baring je di atas lantai, mesti nak meniarap... That why, bila dia tidur atau kena tinggal sekejap... Kena letak bantal sebelah menyebelah...

Pandai gelak bila diagah. Selalu buatkan kita geram nak gomol² mukanya haihh...

Bila kita suakan muka ke arahnya... Kemain, dah reti sentuh muka kita. Allahu akhbar, indahnya ciptaan dan kurniaan Tuhan. Daripada terkapai-kapai... Now, jari-jemari Iky sudah ligat memegang mainan. Dah reti tarik rambut pun ia. Cepatnya masa berlalu... Kan?

Start bulan ni, Iky dah boleh makan... That why suka sangat main air liur.

Kata nurse, itu adalah petanda bahawa bayi dah boleh start makan. Ada benarnya kot... Sebab bila tengok orang makan, Iky akan tengok dari atas ke bawah. Mulut pun turut terkumat-kamit seperti mengunyah sesuatu. Bila diberi biskut pun, dia akan masukkan biskut ke mulut.

Saranan nurse, just perkenalkan dulu bubur nasi kosong yang dimasukkan sesudu kecil minyak masak. Tak perlu letak garam atau lain-lain perasa.

So far so good. Iky takde alahan. Boleh je makan bubur. Tu antara perkembangan Ian Rizky kali ni. Nanti Fiza sambung dengan cerita lainnya. Ok! Have a nice day.

4 comments:

  1. alolo..comelnya baby! 🥰🥰😍😍🤩🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kuazue. Terima kasih atas pujian, sesungguhnya ia adalah kurniaan Tuhan 😊

      Delete
  2. alaaaa comel nya tengok babyyy 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok muka baby, hilang rasa penat. Kan?

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com