One Set Topi Dan Kasut Kait | Assalamualaikum, fuh! Lamanya tak update blog. Komen pun tak berbalas lagi. Fiza minta maaf banyak². Lepas raya, tempahan kait masuk. Tu yang agak busy.

Alhamdulillah, antara yang dah siap adalah sepasang kasut dan topi untuk baby boy berumur 6-12 bulan. Dah sampai pun ke tangan tuannya.

One set topi dan kasut kait

Jika ada yang berminat, boleh je roger² Fiza. In shaa Allah... As soon as possible, Fiza akan reply.

Untuk tempahan...

Pertama sekali, Fiza nak bagitau... Warna dan stail boleh pilih. Kemudian KENA BAYAR dulu sebelum Fiza start buat. Then, Fiza akan booked tarikh bila Fiza akan kirimkan.

Kenapa perlu bayar dulu?

Pengalaman mendewasakan kita, sebelum ni ada yang tempah bayar kemudian bila dah siap... Alih² cancelled order. Berapa banyak masa Fiza habis untuk siapkan. Padahal ada order lain yang sedang menunggu.

So far setakat ni semuanya berjalan lancar. Takde masalah sangat. Alhamdulillah... Semoga semuanya dipermudahkan.