Hadiah dari suami untuk isteri

Hadiah dari suami untuk isteri | Alhamdulillah hajat untuk memiliki laptop sendiri akhirnya tercapai jugak bila mana encik suami telah menghadiahkan sebuah laptop berjenama ASUS buat Fiza. Color rose gold pulak tu.

Actually, warna tu Fiza pilih sendiri. Kisahnya, weekend kami anak beranak pecut ke Kuching… Konon-konon nak beli tile untuk toilet tak cukup lagi. Alih-alih encik suami turut memberi cadangan…

Apa kata kita beli laptop untuk awak menulis blog sambil jual kait

Haippp! Pucuk dicita, ulam mendatang… Apalagi, Fiza pun terus on tanpa banyak cakap. Haha…

Laptop asus rose gold

So, Sabtu petang kami beranak pun ke Wisma Seberkas... Bajet kami RM1500… Kemudian, nak carik sama jenama dengan laptop encik suami. Bulan Mac encik suami beli laptop ASUS color silver. Di kedai yang sama, masuk terus ke ruangan laptop ASUS. Staff kedai pun layan. Entah tiba-tiba Fiza tanya ada tak color rose gold. Terus staff kedai kata ada. Katanya… Terbaru color rose gold.

Wah! Bila tengok, terus jatuh cinta. Alhamdulillah, Fiza beli dengan harga RM1299. Actually ada dua saiz screen… Satu bersaiz 14 inchi dan satu 16. Harga sama je. Fiza tak suka screen besar. So, pilihla yang 14 inchi. Kemudian, dapat pulak bermacam-macam free gift. Antaranya :-

Pendrive
Mouse
Mouse Pad
Ring handphone
Cover keyboard
Speaker

Alhamdulillah. Terima kasih encik suami. Semoga rezeki encik suami sentiasa dimurahkan. Aamiin...

Lepas ni kena aktif berblogging. 

Haha... Ayat encik suami yang tak boleh blah...


Post a Comment

7 Comments

  1. cantiknyaaa rose gold 😍 first time ekin tngok laptop colour rose gold ni kak... harga pun murah tu, nanti boleh lah hari2 update blog.. kehkehkehh

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah. rezeki akak tu.. boleh kerap menulis lepas ini hehe

    ReplyDelete
  3. Wah..alhamdulillah.Sweet warnanya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah.
    kalau terbalikkan jadi snsv

    ReplyDelete
  5. Wow.. bestnya!! kacak gik ya... kmk lamak dah x ke wisma saberkas koh

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah. Murah rezeki para suami yang tak berkira dengan isteri ni kan :) Tahniah Fiza. Happy blogging!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya colour dia. Saya tak pernah jumpa lagi laptop colur rose gold. Kalau phone adalah. Bestnya ada oramg sponsor laptop. Semoga terus aktif berblogging, Kak Fiza.

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com