Ke Mana Menghilang Selama 5 Hari?

Anak Batuk Berkahak Hampir 3 Minggu

Alhamdulillah, sementara suami dan anak-anak masih tidur... Fiza curi masa sekejap untuk menaip entri. Rindu sebenarnya. Lagi pulak senarai blogger yang join segmen Fiza pun tak up to date lagi. Komen pun banyak tak reply. Minta maaf ye semua.

Sebenarnya... 5 hari tak update blog, Fiza sedikit sibuk dengan hal keluarga. Anak-anak tak sihat. Mereka batuk dah masuk minggu ke tiga dah. Walaupun on off Risau jugak dibuatnya.

So, akhirnya... Pecut jugak kami suami isteri bawak Alia dan Ain ke Family Clinic Samarahan Sabtu dan Ahad yang lepas. Satu-satunya klinik swasta yang begitu serasi dengan kami. Ibarat doktor panel dah untuk kami.

Dipendekkan cerita, Jumaat gerak dari rumah. Bermalam di rumah mertua. Sabtu baru bawak dorang ke klinik.

Sabtu, 27 April 2019
Seawal jam 9 kami dah pun berada di klinik. Klinik tersebut memang selalu crowded. So terpaksala awal. Bila dah jumpa doktor... Terangkan itu dan ini. Dia pun check. So far, lung anak-anak ok katanya. Dia bagi antibiotik makan sampai habis untuk kak Alia. Ubat demam. Ubat batuk dan ubat hilangkan panas tekak... Sebab tekak kak Alia kelihatan merah. Patutlah selera makan dia berkurang.

Ain pulak dibekalkan dua jenis ubat je... Ubat batuk dan antibiotik. Kesemuanya di makan 3 kali sehari sampai habis. So far, harga untuk checkup dan ubat hanyalah RM66 untuk dua orang. Murahkan?

Kenapa Kami Pilih Family Clinic?

8 tahun lepas, masa tu Fiza dan suami masih berstatus tunang. Masa tu jugak, Fiza pernah batuk hampir dua bulan lamanya. Bermacam-macam ubat dah Fiza try. Tapi, kahak tetap banyak. Batuk pun menggila masa tu.

Entah! Tiba-tiba encik suami ajak try family clinic. Fiza pun setuju. Kemudian, Fiza dibekalkan 6 biji pil kuning bersaiz kecil. Dua hari je makan batuk terus baik. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah... Sampai sekarang... Bukan nak menyombong... Fiza tak pernah lagi batuk.

Disebabkan tulah terus jatuh cinta dengan family clinic. So far, dah 3 hari on ubat yang doktor bagi... Batuk anak-anak pun dah start berkurang. Alhamdulillah Ya Allah, Hanya Engkau sahaja yang Maha berkuasa untuk menyembuhkan penyakit anak-anakku.

Balik kampung, Iky pulak batuk. Ingat lagi tak... Anak buah Fiza yang di bawah jagaan kami.

  Baca Jugak   : Kisah Iky Anak buah baru

Semalam Fiza dan mak bawak dia ke klinik... Terus naik ambulan follow up ke hospital sebab nadi dia laju. Allahu akhbar... Dugaan sungguh bulan ni. Mak terpaksa temankan dia dulu... Fiza pulak balik terus ke rumah untuk ambik botol susu semua... Takut pulak admit.

Iky admit hospital

Sedikit kalut, check darah... Xray so far ok. Tapi, pernafasan iky still berombak. Untuk pemantauan, dia tidak dibenarkan pulang. On the sport malam tadi adik balik emergency... Alhamdulillah, pagi ni dia boleh temankan iky di wad.

Kesian pulak Fiza tengok iky. Walaupun 'sik berolah'... Seusia 3 bulan pastinya perlukan ibu di sisi. Allahu akhbar... Sebak pulak pepagi ni.

Semoga iky cepat sembuh. Then, terima kasih pada yang sudi singgah, komen dan join segmen Fiza. In Shaa Allah, dalam masa yang terdekat... Fiza akan update bloglist ok. Siapa yang komen tak sempat join... Fiza akan masukkan jugak dalam bloglist. In Shaa Allah.

Terima Kasih semua.


Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com