26 April 2019

Pengakhiran Yang Agak 'Rushing', Walaupun Tak Tergantung?

Ulasan Episod Akhir Drama Nur 2

Malam ni merupakan episod akhir untuk drama Nur 2. Sempat jugaklah layan bersama family.

Before episod 15 ditayangkan, Fiza dah siap buat jangkaan apa yang bakal berlaku. Chewah! 😂😂😂

Hahaha... Antaranya :

  1. Ustaz Hamadi dan Juita kena tangkap
  2. Nur Mengandung dan Aisyah bebas

Tapi, pengakhirannya... Ustaz Hamadi meninggal dunia disebabkan Aisyah. Aisyah menikam Hamadi ketika Hamadi ingin merogol Suraya. Aisyah akhirnya dipenjarakan...

Nur 2

Juita pulak kena tangkap, rupanya Jiran Nur... Uchee Woshuu yang jualkan ubat tidur kepada Juita. Then, dalam masa yang sama dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Bukan Adam yang merogol... Tapi, Juita yang telah merogol Adam.

Kemudian, siapa yang melabur dalam Darul Muhsin... Jugak terjawab. Ibubapa Qadeeja yang sebenarnya pelabur tersebut.

Drama Nur 2 tamat apabila Nur memberitahu Adam yang dia sudah pun mengandung.

Pada Fiza, scene episod akhir agak rushing walaupun tak tergantung. Kan?

Korang rasa akan ada Nur 3 ke? 

Kalau ramai permintaan pun, maybe Nur versi raya je kot. Haha... Kan?. Di mana semua orang berkumpul dan berbaik... Termasuklah Aisyah keluar penjara sambut ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga...

"Angkara Percaya, Tergadai Bahagia"

TAMAT...

6 comments:

  1. hihihi... boleh je la .. janji tak yah penin kapla pikir sudah.. tapi kisah ni agak berat untuk dapatkan maksud tersirat dari jalan ceritanya kan.. tapi menjadi sungguh watak ustat madi tu kan.. tahniah kat azhan rani tu.. menyampah.. tapi itulah realiti kehidupan. cuma kita je antara sedar atau tidak je pernah jumpa sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. salam kenal.
    malam tadi last ye..
    dulu i kut this drama.. tapi terlalu banyak hal2 rape lah, fitnah lah jadi lemas kejap. i tau ending je. pelan2 nnt tengok.

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak. Memang sempat lah habis terungkai semua tapi tak kan macam tu je? Haaa gituu. Haha

    ReplyDelete
  4. Sebelum Nur 2 keluar dulu, dah rancang nak tengok. Tapi bila dah ditayangkan, tak tengok sebab nampak semua orang stress bila tengok drama ni terutamanya sebab Juita dan Mahadi😂.

    ReplyDelete
  5. Aah. Ending nya nampak rushing kan fiza. Cuma Ruby tak bape syok yang si Adam dengan Juita tu ha. Heheehe. Kena rogol. Hehe

    Suka sabun pink ke sabun warna apa Fiza?

    Ustad Madi tanya. Kiki

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com