Cendawan Inoki Goreng Tepung

Bila bulan Ramadan menjelma, nafsu makan pun membuak-buak. Semua jenis makanan, kalau boleh nak dirasa. Betul tak?

Bila berkumpul ramai² ketika berbuka, pastinya menu pun akan kelihatan bermacam-macam jenis. Waktu berbuka semalam, Fiza hanya tertarik dengan cendawan inoki yang adik gorengkan. Sedappp sangat... Walaupun dah lama viral di media sosial, tapi nak jugak share.

As a blogger, mana mungkin lepaskan peluang untuk snap gambar. Konon² untuk dijadikan bahan cerita di blog. Alhamdulillah... Terhasil jugak kisah di sebalik cendawan inoki dan resepinya.

Before Fiza share resepi. Fiza nak kongsikan jugak maklumat berkaitan cendawan inoki.

Cendawan inoki
Sumber dari wanista


Pengenalan Mengenai Cendawan Inoki

Cendawan Enokitake atau inoki, merupakan cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang seperti tauge. Dikenali jugak sebagai cendawan tauge, cendawan musim sejuk atau cendawan jarum emas.

Antara kelebihan yang terkandung di dalam cendawan inoki  pula adalah merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imun badan serta menghalang jangkitan kulat dan virus.

Selain itu, ia juga dikatakan agen anti radang dan aktiviti pelindung gen di mana ia menghalang kerosakan DNA.

Sumber : cendawanglobal

Resepi Inoki Goreng Tepung

Itu mengenai cendawan Inoki. Manakala untuk resepi gorengannya pulak, adik guna telur sebiji dan tepung bestari serbaguna spicy je untuk bahan campuran.

Cendawan inoki goreng tepung

Nak membuatnya...

Pertama, cuci bersih sebungkus cendawan inoki. Potong akarnya. Kemudian, masukkan telur. Panaskan minyak dalam kuali. Then, bila minyak dah masak, gaulkan inoki yang dah bertelur tadi dengan tepung serbaguna. Kemudian, goreng sehingga rangup.

Mudah kan?


Selamat mencuba.