24 April 2019

Menantu Hantu! Sungguh

Watak Ustaz Hamadi Memang Menjadi

Trending punya pasal, sampai episod 14 dah... Fiza still setia menunggu apakah pengakhiran drama Nur 2.

Malam ni punya episod... Subhanallah, menyakitkan hati betul tau melihatkan perangai Hamadi. Sanggup dia tampar ibu mertuanya. Dah tahap melampau dah tu. Hai! Emosi sungguh tengok drama Nur kali ni...

Episod 14 Nur 2
Sumber dari Facebook

Kemudian, boleh pulak dia bersubahat dengan Juita untuk hancurkan rumahtangga Nur. Rupanya dia yang merancang supaya Adam jatuh ke tangan Juita. Sudahnya, Adam kena tangkap dituduh merogol Juita.

Dalam masa yang sama, dia ambik kesempatan bila jadi pengetua di Darul Fatah dengan menyuruh pelajar-pelajar kat situ mengemis. Allahu Akhbar, sampai macam tu sekali perbuatan dia haihhh...

Serius, Nur 2 ni penceritaannya banyak memperlihatkan sisi kejahatan watak ustaz Hamadi. Plot ceritanya lebih kepada bagaimana untuk mematikan watak tersebut. Rasanya, tak kan ada Nur 3. Haha... Memandai je kan...

Pandangan Untuk Episod Akhir Malam Esok

Korang rasa... untuk episod akhir malam esok, apakah pengakhirannya? Boleh teka tak?

Menurut Fiza la kan... Malam esok mesti Ustaz Hamadi kena tangkap dan Juita pun sama. Kat situ semua rahsia akan terbongkar.

Then, part Nur menangis jumpa Dr. Mukriz tu... Fiza rasa, dia menangis kegembiraan rasanya... Bila dapat tahu dia mengandung. Cumanya, dia tak berkesempatan lagi untuk ceritakan pada Adam. Aishah pulak bebas dari Hamadi... Happy ending kan...

Korang rasa la kan... Akan ada lagi ke Nur 3?

7 comments:

  1. emosi sgt malam nie dgn cita nur nieh.mulut dh sumpah seranah layan nur 2 nie. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Rasa nak tumbuk je muka Hamadi πŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  2. Saya tengok drama Nur yang tahun lepas je. Nur 2 ni saya tak tengok pun. Takut tak dapat kawal emosi bila tengok Ustaz Hamadi & JuitaπŸ˜‚

    ReplyDelete
  3. Mmg sakit hati tgok Ustaz Hamadi dan Juita. Rasa nak lempang2. Hahaha. Terbaik drama Nur ni

    ReplyDelete
  4. Kmk dr nur 1 x follow ceta tok... hehehehe... ya lah nangga org meroyan ajak di fb kol 10

    ReplyDelete
  5. Hahaa... nanga rami emo kt fb tgk nur 2, kamek sik nanga

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com