Kenapa Cekodok Telur Disukai Ramai? Ini Sebabnya

Cekodok telur 3 bahan

Resepi ni Fiza memang selalu buat. Bila lama dah tak merasa, tiba-tiba teringin pulak nak makan. Alhamdulillah, rezeki breakfast pagi tadi...

Pada Fiza, cekodok telur adalah cekodok paling senang. Orang tak reti masak pun boleh buat.

Cekodok telur 3 bahan

Sebab kenapa suka cekodok telur? 

Apa yang Fiza suka cekodok telur ni... Satu... Sebab tak banyak bahan diperlukan. Bahan pun 3 jenis je... Tepung, telur dan perencah maggie secukup rasa... Tak termasuk air untuk membancuh ye.

  Baca Juga.  : Cekodok Ikan Bilis Mee Maggie

Then, penyediaan pun senang... Ambik sebiji telur pukul sehingga kembang. Pukul dengan garpu pun ok je. Bila dah kembang,  masukkan 4 cawan tepung, masukkan maggie secukup rasa dan air. Agak-agak bancuhan tak cair, tak pekat dah sedia untuk digoreng. Gorengkan dengan api yang sederhana ye... Agar masaknye kekuningan dan sedap untuk dimakan.

Last sekali, kelembutan cekodoknya... Sesuai di makan untuk yang tak bergigi pun iye. Alhamdulillah... Anak-anak pun suka bila dicicah dengan sos...  Sampai tak sedar licin pinggan dibuatnya.

Alhamdulillah... Nikmat apa lagi nak didustakan... Kan? 😊

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com