Assalamualaikum, hai...
Cekodok Ikan Bilis Mee Maggie Pak Nil | Kisah semalam, baru harini berkesempatan nak update. Weekend, kalau tak ke mana-mana plus cuaca hujan sepanjang hari... Mood makan pastinya ter'over. Betul tak?

Masa scroll FB, nampak ada friendlist share pasal timeline Pak Nil buat cekodok ikan bilis mee maggie. Wah! Alia yang tengok terus mintak buatkan. Perut yang sememangnya lapar terus ke dapur cari bahan. 😂😂😋😋

Maka, terhasillah cekodok viral Pak Nil.

Cekodok ikan bilis mee maggie Pak Nil

Nak membuatnya pun sangat mudah. Bahan pun sikit. Antaranya ialah tepung, meggie yang telah direbus, ikan bilis a.k.a pusuk yang telah digoreng. Bawang merah dan cili yang telah dikisar. Perencah meggie dan air untuk bancuhan. Nak lagi meriah, boleh letak tauge atau daun bawang. 

Resepi cekodok ikan bilis mee maggie pak nil

So far, not bad... 

Nanti repeat buat, boleh add-on bahan lain. Udang ke, daun saderi ke. Kan!... Bila dah habis digoreng... Semua pakat cicah dengan mayonis extra sos cili. Minum pulak teh o panas-panas time hujan. Pergh!!! Nikmat Allah apa lagi kau nak dustakan Fiza oiiiiii...

Alhamdulillah, rezeki minum petang yang tidak menghampakan. Apa-apa pun terima kasih buat Pak Nil dan rakan FB yang sudi berkongsi resepi. Next time boleh ulang siaran. Hehe...

#resepipaknil
#resepicekodokikanbilismeemaggie

0 Comments