Drama Nur 2 Mula Ditayangkan Malam Ni!

Drama Nur 2 TV3, Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli

Hari Selasa, first entri dari Fiza. Ramai yang update status FB mengenai drama Nur 2. Nur 2 merupakan kesinambungan daripada Drama Nur 1.

  Baca Juga   : Sinopsis Nur 1

Drama Nur 2 akan mula bersiaran malam ni, menggantikan drama Cinta tanpa henti dalam slot Samarinda.

Nur tv3
Sumber dari FB tv3 Malaysia

Last year, Nur 1 menjadi trending dan Fiza jugak turut terjebak menonton.

Drama Nur lain dari yang lain... Di mana ia penuh dengan pengajaran, konflik keluarga dan menyentuh soal keagamaan. Sangat menarik untuk ditonton. Tu bagi pendapat Fiza lah ye.

Lepas Nur 1, mesti banyak persoalan yang bermain difikiran kita kan...

  1. Bagaimana dengan Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani. Adakah dia berubah? Kalau tak mesti ada sahaja muslihatnya.
  2. Adakah Aisyah masih lagi bersuamikan Ustaz Hamadi.
  3. Bagaimana kehidupan Adam dan Nur? Adakah hidup mereka bahagia tanpa sebarang konflik? Atau adakah wujud orang ketiga dalam rumahtangga mereka?.
  4. Bagaimana pula Dr. Qhadeeja? Adakah ibunya terus membenci family Adam? Atau adakah Dr. Khadeeja akan berkahwin dengan rakan sekerjanya?

  Baca Juga   : Siapakah Dr. Qhadeeja?

Daripada apa yang Fiza tahu based on beberapa buah laman... Pelakon asal dikekalkan, cuma terdapat penambahan pelakon baru dengan watak antagonis... Di mana Azar Azmi yang memegang watak Juita, dikatakan akan menjadi perosak dalam rumahtangga Adam dan Nur.

Gambar Azar Azmi sebagai Juita
Sumber gambar Azar Azmi adalah daripada ciksepet.com

Sejauh manakah kebenarannya. Adakah setiap persoalan kita akan terjawab dalam Nur 2. Kenalah save the time malam ni jam 10 malam, semestinya di tv3.

Info Nur 2

Ok! Berikut sedikit info mengenai Nur 2 yang Fiza petik dari laman myinfotaip.

JUDUL : NUR 2
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali

Drama Nur 2
Sumber dari myinfotaip

WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Azar Azmi sebagai Juita
Azhan Rani sebagai Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Eyra Hazali sebagai Suraya

Sinopsis Drama Nur 2

Nur 2 mengisahkan tentang... Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan segalanya?


That it's, sedikit gambaran mengenai drama Nur 2. Adakah ia kembali trending? Best ke tak?

Jangan jadi macam drama² lain. Part 1 best giler. Bila dah masuk part 2, tak menarik pulak. Kan? Harap² takdelah mengecewakan... Kan!

Jom kita sama² menonton malam ni. Have a nice day.

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. Kan? Lagi² bila tengok video pendek sedutannya yang shafiq kyle share di IG. Lagi buat tak sabar nak tengok. Hehe...

      Delete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com