01 April 2019

Acapkali Menerima Email Dari Best Products

Acapkali Menerima Email Dari Best Products 

Alhamdulillah, di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita. Dalam bulan Mac 2019, Fiza acapkali menerima email dari pihak Best Products.

Email menang dari bestproducts

Isi email tersebut menyatakan bahawa wang kemenangan masih belum dipindahkan ke akaun Fiza. Hurmmm...

Dan kali terakhir Fiza dapat email semalam pulak, bukan sahaja menang duit tapi berpeluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM300,000.

Allahu Akhbar...

Tengok nilai wang tersebut, pastinya kita akan teruja kan. Namun, zaman moden ni kenalah berhati-hati. Kena semak. Kena selidiki terlebih dahulu.

So, Fiza reply balik email dorang. Tanya macam mana Fiza boleh terpilih? Before setuju nak bagi nombor akaun, ada terma dan syarat tak yang perlu diikuti?

Soalan Fiza lansung tak berjawab, sebaliknya dorang hantar benda yang sama ke email Fiza. See... Somethings wrong maybe... Kan? Siapa tahu...

Biasalah ayat orang berniaga, ayat marketing kena gempak. Siapa terkena pancing, sah² la akan terima sebulat-bulatnya. Mungkin betul, mungkin tipu. Wallahu'alam...

So, Fiza buatla beberapa rujukan... Dan antara yang Fiza baca hasil daripada perkongsian beberapa orang blogger... Di mana mereka pun ada yang pernah menerima email... Surat directly ke rumah... Dari Best Products...

Ternyata...

MEMANG ada yang dapat wang tersebut, TAPI ada syaratnya. Bukan mudah ye.

Kalau nak mengetahui lebih lanjut mengenainya... Bolehla melayari laman bestproduct : www.bestproducts.my

Komen Di Facebook Best Products

Kemudian, berikut adalah antara beberapa komentar yang Fiza petik dari page FB Best products.

Komen dari pengguna page fb bestproducts
Sumber : Page FB Best Products

So, bagaimana?... Nilai sendirilah ye.

Yes! Memang betul kata² dorang, kalau kita lihat bahagian soalan umum di laman bestproducts... Terdapat satu soalan di mana...

Bagaimana untuk berpeluang memenangi hadiah utama RM150, 000?
Untuk berpeluang memenangi hadiah utama RM150, 000, anda perlu membeli sekurang-kurangnya satu produk daripada katalog Best Products dalam tempoh berlangsungnya sesebuah kempen yang dianjurkan. Buat pesanan sebanyak mungkin untuk peluang yang lebih besar menjadi pemenang.

Betulla terma dan syarat yang dorang bagi. Keputusan di tangan kita... NAK ataupun TAK?

Tapi, email yang Fiza dapat... Takdelah pulak details terma dan syarat.

Setelah membuat perkiraan dan berfikir panjang, Fiza tak berani nak ambik risiko dengan best products. Biarlah peluang tersebut diberi kepada mereka yang lebih berminat.

Apa² pun terima kasih buat pihak Best Products kerana telah menghantar email kepada Fiza. At least, bila baca... Bertambah jugak ilmu mengenainya.

Seriously, first time Fiza tahu pasal best products tau. Kalau tak dapat email dari dorang... Memang lansung tak tahu mengenainya. Hehe...

Nukilan Rasa, 


5 comments:

  1. Banyak kali juga dapat surat direct ke rumah....
    Tapi x layan pun...x berminat nak beli pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Banyak dapat email, tapi malas nak join.

      Delete
  2. seramnya. hati hati.. kalau perkara macam ni memang perlu selidik habis habisan..

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com