Ulasan Peribadi Untuk Episod 1 Drama Nur 2

Ulasan Peribadi Untuk Episod 1 Drama Nur 2

Seperti yang ditunggu, sebaik sahaja rancangan 999 berakhir... Fiza terus terpacak depan tv. Tujuannya hanya 1. Nak tengok drama Nur 2.

  Baca Juga   : Sinopsis Drama Nur 2

Untuk first episod, permulaan kisahnya cukup cantik dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Amirul ( Raja Muhd Atiqullah )... Membuatkan kita terasa Ramadhan semakin hampir. Rasa macam menonton Nur 1. Good job group produksi. Intro yang sangat tersusun cantik. Simple tapi amat bermakna.

Kemudian, sesekali muncul watak Adam dan Nur. Mereka tinggal di rumah peninggalan arwah ibu Nur. Mereka menghidupkan suasana rumah dengan mengajar anak² di sekitarnya mengaji. Namun, mendapat tentangan dari jiran.

Satu yang kita dapat... Walaupun kita tahu apa yang kita buat adalah amalan baik, namun kita jugak kena ingat... Jiran perlu dihormati.

Episod 1 Nur 2
Sumber daripada Beautifulnara

Muncul jugak kisah Aisyah dan Ustaz Hamadi. Ustaz Hamadi berada di penjara gara² pecah amanah dan dalam masa yang sama, Aisyah cuba untuk mengeluarkan suaminya dengan menjual barang kemas yang dia miliki. Berjaya atau tak? Kena tunggu next episod.

Turut muncul... Watak baru Suraya yang dipegang oleh Eyra Hazali. Dalam Nur 2, Suraya adalah pelajar yang menuntut di sekolah yang sama dengan Amirul. Tinggal dengan neneknya dan kelihatan seperti ada masalah kewangan.

Amirul pernah terserempak dengan Suraya yang sedang merayu kepada seorang ustazah untuk menangguh pembayaran yuran peperiksaan. Namun, Amirul sekadar tahu nama orangnya. Sejauh mana perkenalan dorang, sama² kita tunggu next episod ok.

Selain tu jugak, watak Juita ( Azar Azmi ) muncul ketika Adam datang di lorong gelap. Kelihatan seperti Juita memerangkap Adam. Konon² tak bawa duit masa nak beli oren juice... Hakikatnya, dia tahu Adam akan datang tolong bayarkan untuk dia. Saje je kan... Baru sikit... Fiza dah start tak suka dengan watak Juita. Hadoiii...

Apa² pun, kesimpulannya... Episod 1 Nur 2 still menarik seperti Nur 1. Kisahnya tersusun rapi. In Shaa Allah, akan trending rasanya.

Betul tak?

Post a Comment

3 Comments

  1. tak tengok lagi.. nak tnggu banyak2 episode dulu. tak pun tengok episode da nak habis nanti terus hehe..

    ReplyDelete
  2. cam best jer..nak layan jugak la nanti.

    ReplyDelete
  3. Sempat juga layan episod 1..setuju intro tu best.. Yg episod 2 tak tengok dah.tak boleh naknkomitwd la tgok full episode kat tv. Nanti2 la muni layan on9 hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com