Kata Sikit, Tapi Banyak! 

Haha... Tengok gambar... Gelak dulu before hurai.

Sumber dari FB Kartunis Kienaka

Serius! Kedai-kedai eco memang berhantu. Bila dah masuk, konon nak beli satudua je barang...

Tapi, bila nak bayar... Bukan sikit, tapi banyak pulak tambahannya. That why, kena fikir duatiga kali kalau nak masuk kedai RM2. Haha...

Bukan setakat orang dewasa je terpengaruh, anak² pun join sekaki. Shopping sakan dorang.

Di tempat Fiza, kedai paling famous dengan harga murah adalah Ninso, DIY, Supersave, kedai 100% dan superstore.

Cuti nanti dah plan dah,  nak pegi kedai Ninso,  Samarahan. Tak sah kalau tak singgah bila bercuti di rumah mertua. Last year pegi masa mula² bukak, sikit je barang... Sekarang, penuh! sampaikan tak nak balik dibuatnya. Itu ini semua nak beli.

Satu je tips dari Fiza kalau nak pegi kedai eco... Bawak duit cukup² je. Kalau lebih... Confirm! Kalau tak tahan iman, boleh habis duit dibuatnya.

See, kalau dah merapu... Bukan wordless Wednesday, tapi entri panjang pulak terhasil. Sabar jelah ye. 😂😂😂

Nukilan Rasa,