Penunggu Simpang Sabtu Ni?

Penunggu Simpang Sabtu Ni?

Siapa peminat slot telefilem bersempena DFKL?, Sabtu ni 23 Mac 2019 ada cerekarama terbaru ditayangkan di tv3 tau... Berjudul penunggu simpang.

Kalau dah penunggu tu, mesti seram kan? Tapi tak mustahil jugak ada drama seram lawak. Betul tak?

Seram atau tak kenalah tunggu tayangannya. Save the date okeh!

Penunggu Simpang
Sumber dari Myinfotaip

Barisan Pelakon Dalam Penunggu Simpang

Ok! Kebiasaan jugak... Before menonton, nak jugak tahu siapa pelakon yang terlibatla kan.

Dalam drama ni, antara pelakon yang terlibat adalah seperti Aiman Tino, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Faiz Tapaw, Khaty Azian, Nafiez Zaidi, Ropie dan Jaja Ilyas.

Sinopsis Telefilem Penunggu Simpang

Based on sumber, cerekarama ini mengisahkan tentang sekitar tahun 1990-an, simpang jalan di sebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. 

Munculnya penunggu yang digelar penunggu simpang yang mana dikatakan menyerupai seorang wanita cantik. 

***************

Rasa-rasa korang, tu betul² hantu ke atau manusia?. Kekadang ada jugak jenis manusia yang nakal dan suka menakut-nakutkan orang. Betul tak?

Walaubagaimana pun, itu sekadar andaian Fiza je. Nak tahu kisah sebenarnya, kenalah tengok weekends ni.

Macam menarik kan? 

In Shaa Allah, nanti jika berkesempatan menonton... Fiza akan share balik apa sebenarnya cerita disebalik kisah penunggu simpang ni. Okeh!

Have a nice day.

Nukilan Rasa, 

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com