Apakah Kesudahan Megadrama Senafas Rindu?

Apakah Kesudahan Megadrama Senafas Rindu?

Malam Khamis last week, merupakan episod 20 dan terakhir untuk drama Senafas rindu. Memandangkan Alia dan Ain dah tidur, menyempat jugaklah Fiza menonton bersama encik suami. Hehe...

Episod terakhir senafas rindu
Sumber daripada google image

Episod 20 Senafas Rindu

Dalam episod 20, Ain hilang dari hidup Faris selama setahun tanpa Fariz tahu puncanya. Berkat doa, akhirnya Faris bertemu kembali dengan Ain di sebuah kedai bunga. Pada mulanya, Ain enggan berjumpa Faris. Faris dihalau oleh owner kedai tersebut.

Namun, Faris tak pernah berputus asa. Atas nasihat kakaknya, sekali lagi Faris menemui Ain. Dia ingin tahu, kenapa Ain menghilang tanpa memberitahu Faris apa yang sebenarnya yang dah berlaku. Atas desakan akhirnya Ain berterus terang. Dia lumpuh akibat kemalangan... Dalam masa yang sama dia menerima saranan Syafika supaya tinggalkan Faris. Lagipun ibu Faris tak pernah menerimanya sebagai menantu. Sekali lagi Ain halau Faris... Dan mintak supaya Faris tinggalkan dia. Faris buntu lalu balik ke rumah.

Melihatkan keadaan Faris, ibunya yang dah insaf akan perbuatannya... Datang menemui Ain. Dia merayu kepada Ain supaya kembali ke pangkuan Faris. Akhirnya Ain kembali ke pangkuan Faris. Hari demi hari Faris membawa Ain membuat rawatan sehinggalah dia pulih sepenuhnya. Kisah mereka berakhir dengan dikurniakan seorang bayi yang comel. Tamat...

Happy ending ok. Not bad... 

Semalam pulak dah start megadrama terbaru berjudul encik imam ekspres lakonan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose. Best ke tak? Serasi ke tak lakonan dorang... kena tunggu malam ni jam 10 malam, semestinya di astro ria 104 dan astro ria HD. 
Selamat menonton semua. Have a nice day. Fiza kena tengok first episode jam 10 pagi ni. Semalam tak menyempat nak tengok. 

#episodakhirsenafasrindu
#megadramaastroria

Post a Comment

3 Comments

  1. kita belum pernah tengok cerita ni.. nanti nak try tengok la kalau ada online punya

    ReplyDelete
  2. Last nanga shafik kyle blakon drama Nur, nok tok langsung sikm diat, tp rasa nya mun SK blakon mesti best kan 😊

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com