Quote Hari Selasa?

Quote Hari Selasa?

Kekadang bila boring, takde idea nak update blog... Akan datang idea gila untuk menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran. Korang pun mesti pernah buat kan? Hahaha...

Tetiba pagi ni terlintas di fikiran tentang Selasa Quote. Apalagi, sepantas kilat tangan menaip di pinterest. Terjumpa satu quote untuk hari Selasa yang begitu tersusun indah ayatnya.

Quotes hari Selasa
Sumber daripada Pinterest

Selasa!
Jangan memaksa atau sok berkuasa. Saling jaga dan tenggang rasa, semua bahagia.

Pada Fiza madah ini amat sesuai untuk ditujukan kepada insan yang bekerja di sebuah organisasi atau komuniti. Why? Kalau baca bait pertama... Ia membawa maksud janganlah kita memaksa orang lain atau diri sendiri untuk melakukan sesuatu... Malah, jangan terlalu seronok atau merasakan diri berkuasa. Padahnya, makan hati berulam jantung dibuatnya... Boleh swing mood satu hari bila kena paksa buat sesuatu yang kita tak suka ataupun last minute. Betul tak?

Apa pulak maksud tenggang rasa?

Bila di google, tenggang rasa membawa maksud menghargai dan menghormati perasaan orang lain. Sangat-sangat setuju bila mana kita bekerja dalam suatu kelompok. Andai kata setiap hari kena sembur atau diherdek... Macam mana nak seronok bekerja right... As a majikan terutamanya, kena pandai jaga hati orang bawahan... Jangan sesuka hati memarahi staff depan pekerja lain... Kalau nak keberhasilan kerja dari orang bawahan. Betul tak?


Barulah seronok kerja di bawah satu bumbung. Tak gitu? Korang pernah tak ada pengalaman... Perasaan tak best di tempat kerja?

Apa-apa pun, have a nice day. Selamat bertugas semua.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com