Assalamualaikum, hai...
Perbelanjaan Untuk Kakak Dan Adik Kembali Ke Sekolah | Alhamdulillah, lagi dua minggu lebih anak-anak akan mula kembali ke sekolah. Pastinya ibu-ibu di luar sana sibuk menyediakan persiapan kelengkapan anak-anak ke sekolah. Kan?

Senarai buku pendidikan islam tahun 1

Matematik tahun 1

Sains, jawi dan bahasa melayu tahun 1

Bahasa English year 1
Senarai Buku Pelajar Tahun 1

Fiza pulak, alhamdulillah 80% persiapan tu dah siap. Tak banyak sangat benda nak kena beli. Buku? So far, semua buku teks dan latihan dah siap dibalut. Buku latihan, Kak Alia guna buku yang dia dapat semasa anugerah pelajar cemerlang haritu. Begitu jugak dengan alatan menulis, botol air dan bekas makanan. Semua guna hadiah yang dia dapat. Alhamdulillah, takde banyak benda yang nak kena beli untuk dia. Bab pakaian jela yang nak kena beli... Sebab next year dia masuk darjah satu. So far untuk baju sekolah, baju sukan dan tudung tak sampai pun RM300. Fiza beli yang jenama biasa-biasa je. Kasut still guna yang last year. Cuma tahun ni ada bonus, dan encik suami kata in shaa Allah nak belikan kasut hitam sepasang untuk dia. Beg sekolah still guna yang lama. Tapi, haritu dapat voucher free shipping dan jualan mega sale di shopee, so encik suami kata belikan satu beg lagi untuk dia sebagai reward kejayaan yang dia dapat sepanjang dua tahun berada di prasekolah... Memandangkan dah dua tahun guna beg tu dan nampak mulai lusuh dah. So, belilah satu untuk dia. Settle bab kak Alia.

Cara melabel alatan menulis

Bab Adik Ain pulak, next year masuk prasekolah. Kami dah peruntukkan RM90 untuk beli 3 pasang baju seragam prasekolah. Kemudian, RM50 untuk yuran. Untuk alatan menulis, sama seperti kak Alia still guna yang lama. Lama mean... Yang dia guna hari-hari di rumah before ke sekolah. Cuma, kena labelkan jelah. Then, tambahan daripada hadiah yang kak Alia dapat. Manakala, untuk kasut kami beli dua pasang color hitam terus. So senang tak payah nak peningkan kepala. Beg pulak sama macam kak Alia, Fiza beli di shopee... Untuk dua buah beg tak sampai pun RM70.

Ala... Anak dua orang senang la. Mungkin ada yang berangapan demikian. Kan?

Tak! Sama je sebenarnya, encik suami sorang je yang bekerja. Banyak komitment jugak sebenarnya. Walaubagaimana pun... Dari last year lagi kami buat perancangan perbelanjaan untuk tahun ni. Caranya, anak-anak kami ajarkan menabung walaupun ada sspn-i. Alia setiap hari still bawak bekal, even di prasekolah disediakan makanan. Bekal pun in case kak Alia lapar. Selalu balik lewat. So, seringgit yang ayahnya bagi akan ditabungkan. Seringgit didarabkan dengan setahun dah berapala kan. Alhamdulillah, separuh tabungan tu kami guna dan separuh lagi disimpan di dalam bank... Tu pun kalau duit kami tak mencukupi. Begitu jugak Ain. Kami ajarkan dia menabung dari umur setahun lagi. So far, sama macam kakak... Kami guna separuh duit tabungan. Jadi takdelah sesak sangat.

Pada Fiza, kita kena menabung untuk anak-anak... Lagi-lagi macam Fiza yang mana encik suami seorang je yang bekerja. Setiap perbelanjaan kena diuruskan dengan sebaiknya. Kemudian, isu harga kelengkapan sekolah anak-anak pulak... Pada Fiza, kena ukur baju di badan sendiri. Berbelanja mengikut kemampuan. Alhamdulillah, so far anak-anak Fiza setakat ni takdelah demand. Pakai apa je yang kami beli. Cuma masa beli beg je haritu Fiza bagi peluang kepada dorang untuk pilih sendiri. Lagi satu... Takde masalah nak guna kelengkapan tahun sebelumnya... Yang penting, kondisinya masih elok dan boleh lagi digunakan. Cuma, sesekali reward anak-anak apa salahnya kan.

Pada Fiza, sebelum kita nak didik anak-anak cara hidup besederhana... Kita terlebih dahulu kena tunjukkan. Jangan malu nampak miskin, daripada berlagak seperti orang kaya. Kan!

Bila kelengkapan anak-anak hampir lengkap. Tiba masanya untuk kami bercuti sepuas-puasnya. In Shaa Allah, next week lepas temujanji 4 tahun Ain di klinik... Kami akan gerak ke Kuching... Giliran bercuti di rumah mertua pulak. Agak lewat jugaklah sebenarnya. Namun, apakan daya... Encik suami masih ada lagi kerja berbaki... That why, nak habis cuti baru keluar dari kampung. Hehe. Takpela haihhh, yang penting cuti je mesti ziarah mertua. Kang apa pulak dorang kata. Kan!

Korang pulak, bagaimana?