Assalamualaikum, hai... 
Amalan Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur | Alhamdulillah, di atas nikmat yang Allah kurniakan. Permulaan hari yang baik... Fiza ingin berkongsikan tentang amalan minum air putih, setiap pagi selepas bangun tidur. 

Bila sebut bangun tidur... Minum terus air putih. Hewwwwwww!!! Mesti korang terbayangkan air liur basi. Betul tak? Mula² Fiza nak amalkan dulu... Pergh!!! Rasa nak termuntah oiii. Serius... 

Bila semakin lama dah amalkan. Alhamdulillah, tak on the spot lepas minum... Dalam sehari confirm akan membuang. Rasa nak termuntah pun hilang... Itu adalah perubahan paling ketara yang Fiza rasai sendiri selepas tiap kali minum air kosong waktu bangun pagi. 

Kelebihan sebalik minum air kosong selepas bangun tidur
Kredit : Pinterest

Pendek kata, ia sangat membantu... Dulu Fiza sembelit,  duatigaempat hari... Baru membuang... Sampaikan naik risau. Tapi, sekarang... Lewat pun sehari je. Hehe... 

Now, Fiza tengah latih kak Alia dan Ain untuk buat benda yang sama. Encik suami pulak... Memang dah lama amalkan. Dia, bangun pagi before mandi memang tak sah kalau tak membuang. 

Alhamdulillah, itulah antara lain pengalaman dan kebaikan yang dirasai sendiri selepas mengamalkan minum air kosong tiap kali selepas bangun tidur waktu pagi. Lain-lain kelebihan tu, wallahu'alam... 

Korang? Minum tak bangun tidur?