Assalamualaikum, hai...
Amalan Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur | Alhamdulillah, di atas nikmat yang Allah kurniakan. Permulaan hari yang baik... Fiza ingin berkongsikan tentang amalan minum air putih, setiap pagi selepas bangun tidur.
Bila sebut bangun tidur... Minum terus air putih. Hewwwwwww!!! Mesti korang terbayangkan air liur basi. Betul tak? Mula² Fiza nak amalkan dulu... Pergh!!! Rasa nak termuntah oiii. Serius...
Bila semakin lama dah amalkan. Alhamdulillah, tak on the spot lepas minum... Dalam sehari confirm akan membuang. Rasa nak termuntah pun hilang... Itu adalah perubahan paling ketara yang Fiza rasai sendiri selepas tiap kali minum air kosong waktu bangun pagi.
![]() |
Kredit : Pinterest |
Pendek kata, ia sangat membantu... Dulu Fiza sembelit, duatigaempat hari... Baru membuang... Sampaikan naik risau. Tapi, sekarang... Lewat pun sehari je. Hehe...
Now, Fiza tengah latih kak Alia dan Ain untuk buat benda yang sama. Encik suami pulak... Memang dah lama amalkan. Dia, bangun pagi before mandi memang tak sah kalau tak membuang.
Alhamdulillah, itulah antara lain pengalaman dan kebaikan yang dirasai sendiri selepas mengamalkan minum air kosong tiap kali selepas bangun tidur waktu pagi. Lain-lain kelebihan tu, wallahu'alam...
Korang? Minum tak bangun tidur?
10 Ulasan
Zumal pun kena banyak minum air putih ni
BalasPadamKan... Actually, banyak kebaikan minum air putih daripada air bergula sebenarnya. Semenjak usia semakin meningkat, Fiza pun semakin melatih diri untuk lebih minum air kosong.
PadamMemang amalkan minum aik bila bangun tp weekend slalu termiss sebab bgn lambat 😊 alhamdulilah part mbuang yea, np, dolok gik dari mandi 😉😉
BalasPadamNang jak. Haha... kmk yang sik bekerja pun weekend selalu join sekaki husband dengan anak² terbabas tidur :-)
Padamsalam singgah ..bagus amalan ni..setiap pagi kita amalkan ya
BalasPadamIn Sha Allah :-)
PadamAlhamdulillah memang dah bertahun-tahun amalkan ni.. 😎
BalasPadamAlhamdulillah :-) pasti rasai kelebihannya kan?
PadamMemang bagus. YEA pun amalkan benda sama :)
BalasPadamKan... Alhamdulillah, memang bagus :-)
PadamTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
fizalinolie@gmail.com