Assalamu'alaikum, hai...
Fizacrochet.com - Untuk menaikkan trafik blog, kita kena ada strategi... Lebih-lebih lagi bagi yang menggunakan medium blog untuk menjana pendapatan sampingan... Sudah pastinya, setiap hari akan memikirkan... Apakah jenis entri, bila kita update je... Ia akan menyumbangkan trafik yang banyak kepada blog.

Menulis isu semasa

Di sini, Fiza nak share jugaklah bahawa isu semasa adalah antara entri yang orang akan cari. Contohnya, dalam masa 30 hari sebelumnya... Terdapat beberapa isu yang menjadi trending di Malaysia, antaranya ialah :-
  1. Isu penyakit kaki, tangan dan mulut di kalangan bayi dan kanak-kanak. Terbaru, kes kematian seorang kanak-kanak di Sarawak disebabkan hfmd. Oleh demikian, pasti ramai yang mencari kenapa boleh kena hfmd? Apakah simptom hfmd? Cara untuk mengelak daripada hfmd dan sebagainya.
  2. Kematian beberapa orang bayi di bawah jagaan pengasuh. Pastinya ramai yang mencari kronologi bagaimana kejadian tersebut terjadi.
  3. Drama Jangan benci cintaku, di mana watak Husna dan Nek Pah jadi bualan di media sosial mahupun alam nyata. Fiza pun pernah update mengenainya... Ternyata setiap hari ada sahaja trafik organik masuk.
  4. Program Da'i musim keenam pun ramai yang carik... Mestila nak tahu siapa da'i yang tersingkir setiap minggu. That why, ia menjadi trending sekarang ni.
  5. Terbaru, drama cinta bukan kristal... Ramai yang mencari sinopsis drama tersebut. Kalau rajin bolehla update kisahnya. 
Oleh sebab itulah... Fiza merasakan isu semasa boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam entri blog. Ulas mengikut gaya bahasa  dan pandangan kita sendiri. Selebihnya bolehlah ditambahkan dengan sumber lain yang relevan. Tapi, kena bagi kredit kepada penulis asalnya.
Namun, itu hanyalah sekadar idea mudah daripada Fiza. Setiap orang punyai pandangan berbeza... Kan? Tapi, jika korang punyai idea lain... Jom! Kita berkongsi. Boleh sama² menjana trafik blog. Hehe...