Assalamu'alaikum, hai... 
Alexa Rank blog Fizacrochet 29 April 2018 | Alhamdulillah, atas minat dan berkat usaha berkongsi cerita dan informasi di sini... Saban minggu, alexa rank blog Fiza semakin mengecil. Bermakna populariti blog semakin menyinar. Satu petanda yang baik. In Shaa Allah... Semoga Fiza diberi kekuatan dan kerajinan untuk terus berkongsi cerita di sini. 

[Baca entri berkaitan]


Penting ke alexa rank?

PENTING KE ALEXA RANK? 

Pada Fiza, sejauh mana kepentingan alexa rank itu bergantung kepada matlamat kita menulis blog. Kalau kita menulis sekadar hobi, mungkin kita tak nak ambik kisah pun pasal alexa rank. Tapi... Bila kita menyimpan matlamat menulis blog untuk menjana pendapatan... Pada Fiza alexa rank sangat-sangat penting. Ini kerana ia menjadi penanda aras kepada pihak pengiklan untuk membuat keputusan samada nak atau tak, beriklan di blog kita. 

Bagaimana pulak dengan blog Fiza sendiri? Adakah Alexa rank penting? 

Menulis adalah hobi Fiza setiap hari. In Shaa Allah selagi idea datang, hari-hari mendatang pasti ada entri Fiza siarkan.  Andai blog semakin popular... Itu adalah kelebihan dan... Andai ada yang sudi beriklan di sini... Itu pula adalah rezeki. Fiza berserah padaNYA, yang penting Fiza happy dengan apa yang Fiza buat... Itu sudah cukup bagi Fiza. 

Happy weekend all 😃