Ubahsuai blog | rasanya duatiga kali jugak dah aku tukar template dan kalini, header pun turut berubah. Entahlah! Aku cepat sangat rambang mata bila tengok template mesra seo. Try and error, itulah kerja aku... Bila Alia dan Ain dah tidur... Mulalah projek aku merekacipta header. Untuk makluman, cheyyy... Serius bangat. Padahal, aku guna aplikasi di handphone je pun buat header. Aku guna aplikasi photo studio dan phonto. Malas nak guna adobe photoshop. Lagipun, aku just nak header yang simple je pun.


Part header dah settle

Kini blog still under construction... Dengan bahagian tab menunya yang masih statik. Lagi nak buat bloglist di bahagian page dan di link kan ke tab menu. Dah try google dan ikut tutorial yang ada. Tapi, still error. Huhu... Tak siap yang tu, ada perancangan pulak nak edit html template. Dah lama tak bermain dengan coding html... Dek kerana blog, right now... Sanggup bangun pukul duatiga pagi demi melunasi kehendak. Rasanya ambik seminggudua jugak kot nak siapkan. So, if ada kesulitan ketika melayari blog ni... Terlebih dahulu aku ingin memohon ampun dan maaf yer... 

And... One more things, before ada yang tanya. Template yang aku guna ni jenis FRESH BLOG by Sora Templates