Nescafe Latte Caramel punya pasal. Kisah pantang tengok produk baru... Confirm semangat nak mencuba hubby tak boleh nak dibendung. Haha...


HARGA NESCAFE LATTE CARAMEL
Apalagi, semalam terus beli... 5 paket dalam 1 bungkus beharga RM4. Actually Nescafe Latte Caramel tak pahit, mengandungi gula perang, kopi yang dipanggang sempurna dan caramel sudah semestinya. Kata nescafe latte caramel. Mestilah caramel bahan utamanya selepas kopi right... Hehe.

Alhamdulillah... Sampai rumah. Bukan hubby yang try dulu. Si isteri yang buat dan merasa dulu nescafe latte caramel ais. Fuh! Yummy... Memang sedap. Walaupun 3 in 1 dikatakan tak elok untuk kesihatan. Sekali-sekala try produk baru apa salahnya... Taklah bosan sangat minum susu omega plus hari-hari... Ye tak? Haha... 'Lejuk' (jemu) kata orang Sarawak.