Selamat Petang.
KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA | Baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes kematian Adik Zara Qairina di Sipitang, Sabah. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak sebaya adik Zara, Fiza turut berasa dukacita dengan berita tersebut. Tak dapat nak dibayangkan macam mana ibu Zara menghadapi ujian ini. Bayangkan, tiba-tiba anak tunggal pergi dalam keadaan tragis! dengan penuh persoalan. Allahu Akhbar... Doa dari jauh, semoga urusan menuntut keadilan ke atas kematian adik Zara dipermudahkan hendaknya. Aaamiin...
Dikatakan kematian adik Zara ada kaitan dengan kes buli. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam. Part tu Fiza tak berani nak ulas. Nanti jatuh fitnah. Kalau scroll tiktok, banyak betul naratif tentang kronologi kematian Adik Zara. Fiza tak pernah misss mengikuti perkembangan kes tersebut. Tiap kali dengar lagu untuk dia, auto bulu tenguk meremang... Dada rasa sebak. Allahu Akhbar!
![]() |
| Sumber : Malaysian |
Bila ingat tentang tinggal di asrama, Fiza jadi takut! Selalu overthinking dengan benda-benda negatif. Sebab dulu pernah ada cerita kawan-kawan tinggal di asrama. That why, jadi carta sikap buat Fiza. Fiza kalau boleh tak nak anak-anak tinggal di asrama. Tapi, kalau anak-anak sendiri dah pilih! Untuk tinggal di asrama, Fiza tak pernah nak halang. Macam anak sulung Fiza, rata-rata bekas gurunya seperti nak menyalahkan kami kerana tak hantar ke MRSM, Agama atau segangkatannya. Padahal anak sendiri yang tak nak.
Bukan kata tinggal di asrama tak bagus. Yelah! Dulu dan sekarang berbeza. Dengan zaman sekarang, budak-budak terdedah dengan teknologi. Fiza sedikit takut. Macam-macam yang bermain di fikiran ni. Adik Fiza pernah bertugas di sebuah klinik kesihatan satu tempat ni. Tak payahla Fiza nak mention. Adik cerita, ada budak sekolah kat situ dapat sifilis. Fiza terkejut tau bila adik cerita. Macam mustahil kan, tapi zaman sekarang semuanya boleh... That why, Fiza sedikit takut nak melepaskan anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak Fiza 3 orang semuanya perempuan. Memang akan overthinking dibuatnya.
Walaubagaimana pun, dari sisi positif... Banyak benda baru yang akan kita pelajari bila tinggal di asrama. Fiza takde pengalaman tinggal di asrama masa sekolah rendah dan menengah. Tapi, merasalah jugak tinggal di hostel Universiti. Bila tinggal di asrama universiti ni takdelah macam di sekolah menengah. Waktu belajar kita yang tentukan. Engkau nak stay up sampai subuh pun takde orang yang nak melarang. Tapi, di sekolah rendah dan menengah... Semua jadual telah ditetapkan. Siapa yang langgar, pasti dapat hukuman daripada warden. Dari situ, kita belajar untuk lebih berdisiplin. Bukan tu je, kalau di rumah kita tak pernah cuci baju sendiri, di asrama kita terpaksa cuci sendiri. Siapa malas, alamat tak berbajulah gamaknya. Kan?
Teringat Fiza dengan cerita pengalaman kawan-kawan Fiza yang tinggal di asrama zaman sekolah menengah dulu. Biasalah, time kelas pagi dorang akan gosip cerita pasal apa yang berlaku di asrama. Pernah dorang bagitau, ada budak kena tangkap sebab bercium. Wey... Nah! Tak mustahil sekarang lagi dasyat ye. Seram kan.
Sekarang ni proses inkues tengah berlansung untuk mencari punca kematian adik Zara. Baru saksi pertama dipanggil iaitu Dr. Jessie Hiu, pakar forensik. Apa pun keputusan, kita serahkan kepada mereka yang pakar. Fiza tak nak ulas apa-apa sebab salah ulas jatuh fitnah dibuatnya. Walaubagaimana pun, Fiza doakan semoga kebenaran akan terungkap hendaknya. Lagipun terlalu awal untuk kita nak buat conclusion sebab masih ramai lagi saksi yang akan dipanggil.
Wallahu'alam...
Nota : Tiba-tiba teringat movie Partner of justice episod 8. Anak bijak kepada seorang doktor jatuh dari bangunan disebabkan halusinasi akibat pengambilan ubat. Tapi ada part anak tersebut jugak dibuli. Adakah buli itu penyumbang kepada kematian anak tersebut. Fiza tak nak spoil. Better layan sendiri. Tiberr. Tapi suka la layan movie korea ni. Semuanya melibatkan unit forensik.
Bye, nanti Fiza updated lagi okeh!



4 Comments
Sama juga sedih sekali membaca paparan berita kematian yang mengundang berbagai persoalan. Kita serah kan pada Allah Allah tu tak tidur ..Dia yang lebih tahu..al fatihah kepada arwah..
ReplyDeleteBetul tu. Al-fatihah. 🤲🏽
DeleteSaya juga mengikuti case Zara ini. Dan berdoa semoga kebenaran nya tersingkap. Kalau seandainya memang ada terkait bully, semoga pelaku ditangkap.
ReplyDeleteSaya dah nonton Partner of justice itu kak, 2 season. Menunggu season 3, tapi sampai skr tak muncul2 😅😅. Padahal ending Season 2 saja masih menggantung. Betul2 lah writer Nim tega sangat 🤣🤣
Lama kan nak tunggu season 3. Best movie ni. ☺️
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.