Assalamualaikum,
Selamat Petang.
KOPI DAN TIDUR ADA KAITAN KE? | Hurmmm... Sebenarnya dah lama Fiza tak minum minuman berkafien... Sejak ada hypertiroid 2 tahun lepas. Gara-gara teringin, semalam Fiza cuba minum kopi Arabica milik encik suami. Ternyata kopi tu sedap rupanya tanpa gula. Letak ais batu, perghhh... Tak perasan Fiza dah terminum separuh gelas. Nak buat macam mana, teringin punya pasal... Sampai tak terfikir pun akan kesannya.
Iklan kejap! Hehe...
Actually, kopi tu sesuai untuk yang nak cut sugar. Tak pahit pun walaupun tanpa gula. Dalam sebungkus kopi Arabica ni ada 12 sachet dan dijual dengan harga RM35. Nak beli, berikut linknya >> https://vt.tiktok.com/ZSBvDxNCY/
Haha, menyempat pulak share link. Kan!
Berbalik pada point utama...
Mungkin bagi orang yang takde hypertiroid, takde masalah kot dengan minuman berkafien. Tapi, ada juga yang Fiza terbaca feedback dari ahli group tiroid di facebook... Ada je yang boleh minum minuman berkafien walaupun mereka ada hypertiroid. Walaubagaimana pun, tak semua orang boleh. Pendek kata, atas badan masing-masing.
Fiza pulak... Serius, still tak boleh minum kopi walaupun tsh dah normal.
Ternyata lepas beberapa jam minum kopi, Fiza tak boleh nak lelapkan mata. Kemudian jantung asyik berdebar je. Hurmmm... Sudahnya, Fiza cuba hilangkan rasa itu dengan meminum air suam sambil buat draft di blog. Lama dah tak update kan, rindu pulak nak share sesuatu di sini. Top-top Fiza tak sedar pun bila Fiza terlelap... Apa yang pasti, dah lepas jam 12 tengah malam. Nasib baik, subuh terbangun. Kalau takkk... Naya pak Karim. Subuh terlepas. Haha... Tapi kan, alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan... Tak pernah lagi terlajak tidur. Sekarang ni, sekitar jam 4 pagi automatik terbangun. Alhamdulillah...
Macam-macam kan bila usia dah 40 lebih ni. Badan dah tak macam dulu. Salah makan je, pasti ada je yang tak kena. Redha jelah, apa-apa pun kena juga jaga makan dan portion. Kan?
Sekian, luahan rasa penghidap hypertiroid selepas minum kopi. So, lepas ni kena stop terusla kopi nampaknya Fiza oiii... Dah! Takde dah 'drama' nak buat raso-raso. Huhu... Padahal dulu Fiza adalah seorang pencinta kopi. Hurmmm...
Semoga satu hari nanti, Fiza boleh balik minum kopi hendaknya. Mudah-mudahan. Tapi, kalau tak boleh jugak. Takpe, Fiza terima.



10 Comments
Moga yang baik² je...
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih atas doanya. 😊
DeleteTerima kasih perkongsiannya. Baru saya tahu pengidap hyperthyroid tak boleh minum kopi.
ReplyDeleteSebelum disahkan hipertiroid, Fiza perasan jugak. Tiap kali minum kopi mesti berdebar-debar. Entah! 2 tahun lepas Fiza warded sebab garam kurang dalam badan gara-gara tak selera nak makan dalam masa dua minggu. Masa tula detect hipertiroid. Then, doktor bagitahu la apa makanan yang perlu dielakkan untuk trigger rasa berdebar.
DeleteBetul tu, wak kalau minum kopi akan susah nak tido
ReplyDeleteOo, wak ada masalah tidur ek bila minum kopi.
DeleteHappy weekend fiza....lama tak nampak fiza menulis...
ReplyDeleteHappy weekend Mieja. Ha'ah, macam chipmore sekarang ni. Kejap ada kejap takde. 🤭
Deletemacam Taufik kalau bekerja boleh funcion kopi ni...tapi bila waktu kita yang betul betul penat..memang tak jalan laaaa kesan nya
ReplyDeleteSaya nih coffee lover sangat. Tapi dah coba untuk mengurangi. Betuuul kak, kopi tuh terutama yg arabica, tak pahit. JD minum tanpa gula, sedaaap.
ReplyDeleteHanya saja kalo robusta, memang tak bisa saga. Robusta lebih sedap kalo dibuat kopi susu. Tapi kalo nak Americano, better pakai arabica.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.