Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Quick update dari Fiza for those yang layan drama Melayu di slot Samarinda TV3... Starting 17 Januari 2024 haritu, dah start tau drama bersiri terbaru berjudul 'Menanti Senja' terbitan Anomali Media & Production. Ia merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib.

Ia akan bersiaran selama 15 episod, pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarida TV3 dan boleh jugak strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. Korang boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Okeh!

MENANTI SENJA, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 


Samarinda TV3

PELAKON DAN WATAK

Kemudian, Antara barisan pelakon dan watak yang mereka bawakan dalam drama Menanti Senja ni adalah seperti berikut :-
  1. Johan As'ari sebagai Syukri
  2. Trisha Ooi sebagai Sarah Adina Kamal
  3. Faizal Hussein sebagai Kamal
  4. Khatijah Tan sebagai Mak Milah
  5. Hawra Jamalullail sebagai Suhana
  6. Kodi Rasheed sebagai Zaki
  7. Natasya Mahyan sebagai Fatimah
  8. Sherie Merlis sebagai Khalida
  9. Hazeeq Dean sebagai Taufiq
  10. Syahmie Thsaqeef sebagai Epul

OST MENANTI SENJA 

Sinar Sunyi - Hariz Fayahet
Jaga Dia  - Daniesh Suffian

SINOPSIS MENANTI SENJA

Drama ini mengisahkan tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami yang bernama Syukri.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ianya dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

Samarinda TV3

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Nak tahu jalan ceritanya bolehla layan di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan jugak boleh strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my. Korang boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Selamat menonton. ✌️

#slotsamarinda
#menantisenjatv3

Sumber | Myinfotaip