Assalamualaikum,
Selamat Petang.

CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH, SINOPSIS DAN PELAKON TV3 | Just nak info pada yang suka layan slot Akasia, sekarang ni tengah ditayangkan drama terbaru yang berjudul ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ terbitan oleh Zeel Production.

Ia merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada sebuah novel ‘Aku Cinta Dia’ karya novelis Sharifah Abu Salem.

Slot Akasia tv3

Ia akan disiarkan selama 28 episod, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen. Berikut adalah ringkasan info tentang drama ini.

Episod : 28
Tarikh Tayangan : 9 Januari 2024
Waktu Siaran : Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

Lagu OST
Tajuk : Hanya Tuhan Yang Tahu
Artis : Awi Rafael
Komposer & Lirik : Manis Helma / Zuryati Isa

WATAK PELAKON/CAST

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-
  1. Rita Nadira sebagai Dania
  2. Aniq Suhair sebagai Iqbal
  3. Aidit Noh sebagai Qabil
  4. Zamarul Hisham sebagai Safuan
  5. Mas Anizan sebagai Kayra
  6. Ezany Nizariff sebagai Hussin
  7. Azza Elite sebagai Hajah Maryam
  8. Serene Claire sebagai Julia
  9. Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
  10. Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
  11. Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
  12. Iman Aneesa sebagai Umairah
  13. Natasha Azizan sebagai Sheera
  14. Putri Dellyna sebagai Sofea
  15. Ikhram Juhari sebagai Bakri
  16. Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir

SINOPSIS CINTA BERSEMI DI WADI SAFIYYAH 

Drama ini mengisahkan tentang Dania yang terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri. Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya. Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

#dramasangat
#dramatv3
#slotakasia
#cintabersemidiwadisafiyyah

Nota Kaki : Lama dah tak layan slot Akasia. Ramai yang kata drama ni best.