Assalamualaikum,
Selamat Petang.

MALAM ZULAIKHA | Merupakan satu lagi drama terbaru tv3 yang ditayangkan di slot Samarinda mulai 8 Jun 2023, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my

Drama melayu tv3
Sumber dari Facebook

Drama terbitan Tanah Beris Film Production ini akan bersiaran selama 15 episod. Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :-

Watak Pelakon

Sweet Qismina sebagai Zulaikha
Adam Lee sebagai Izmir
Maria Farida sebagai Mustika
Amyza Aznan sebagai Suria
Ku Faridah sebagai Engku Salbiah
Fiza Thomas sebagai Farah
Rahim Jailani sebagai Rahim
Dilla Ahmad sebagai Juhara
Vanidah Imran sebagai Wangi
Rasyidah Jaapar sebagai Mak Som
Syahmie Thsaqeef sebagai Haikal
Mikael Noah sebagai Adib
Danny Shah sebagai Damia
Zalela Kadir sebagai Anum
Azhar Amir sebagai Ali
Zalfa Zin sebagai Mak Som (Muda)
Fadzil Abdul Aziz sebagai Pak Hassan
Syahmimi Kaman sebagai Mi
Aisy sebagai Tok Bomoh
Damia Qaissara sebagai Zulaika (Kecil)
Aiman Minsi sebagai Buyung

Sinopsis Malam Zulaikha

Drama berunsurkan seram ini mengisahkan tentang kehidupan Zulaikha yang berubah kerana pendamping yang hadir akibat perjanjian yang dibuat oleh ibunya. Bagi merungkai misteri pendamping tersebut, Zulaikha telah pulang ke kampung untuk mencari segala jawapan.

Zulaikha (Sweet Qismina), seorang pelajar tahun akhir di sebuah kolej sering mengalami gangguan mistik sejak usianya menginjak 20 tahun. Pelbagai perkara aneh yang berlaku sehingga membuatkan Zulaikha menjadi seorang yang pesimis dan suka menyendiri. Dek kerana semakin hilang arah dengan kehidupan, Zulaikha terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada gangguan misteri yang dihadapinya.

Setelah mengetahui keadaan Zulaikha, Izmir (Adam Lee) telah membawa Zulaikha untuk bertemu bapanya yang merupakan seorang pakar dalam ilmu perubatan Islam. Zulaikha dikatakan didampingi saka dan dinasihatkan untuk pulang ke kampung bagi mengungkap kebenaran di sebalik saka yang mengikutinya itu. Walau bagaimanapun, lebih banyak persoalan yang timbul apabila dia cuba untuk mendapatkan kehidupannya yang dahulu.

Lebih bingung lagi apabila ibu Zulaikha, Suria (Amyza Aznan) telah meninggal dunia secara misteri sebelum dia sempat menceritakan rahsia pendamping itu. Apakah misteri di sebalik pendamping yang mengikuti Zulaikha? Apakah pengakhiran kepada kisah Zulaikha yang sedang mencari jawapan tentang gangguan mistik tersebut?

Macam menarik pulak jalan ceritanya. Kan? Cuma tula, Fiza tak berapa minat dengan lakonan beberapa orang pelakonnya.

Nota : Dah lama tak layan drama seram. Begitu jugak drama Melayu yang lain.