Assalamualaikum,
Selamat Petang.

ENDING ANDAI ITU TAKDIRNYA, LOGIK TAPI TERGANTUNG | Semalam merupakan episod 64 untuk drama Andai Itu Takdirnya... Dan merupakan last episode untuk drama tersebut. Baru petang ni Fiza berkesempatan untuk tengok siaran ulangannya. Al-maklumlah, jam 10 Fiza dah tidur. Biasa tengok ulangan jela.

Dalam episod 62 dan 63, agak terkilan jugaklah dengan keputusan yang Aleya ambik... Kenapalah Aleya boleh terima balik Aizril dalam hidupnya. Hurmmm... Nama pun drama kann! Apa yang berlaku boleh direka. Tapi, bila difikirkan balik... Hakikatnya, Ramai je dalam masyarakat kita, yang rujuk semula kerana anak-anak. 

Walaubagaimana pun di akhir kisah... Kita sebagai manusia yang lemah. Pada logiknya, hati kata terima... Tapi, Aleya masih trauma bila mana pernah dipukul, dihina, diherdik... Malah pernah dihalau seperti anjing kurap oleh Aizril... Paling tragis sehingga mengakibatkan Aleya kehilangan dua orang anaknya. Ia menjadi igauan ngeri buat Aleya. Kemudian, ada pulak Reen yang masih tak tahu malu mengejar cinta Aizril. 

Walaupun dah rujuk semula dengan Aizril, Aleya tetap takkk bahagia. Hatinya masih tak boleh terima Aizril. Kata-kata Aizril dulu, tetap menghantuinya setiap hari. Benarlah orang kata, terlajak perahu boleh diundur... Terlajak kata, buruk padahnya... Kesudahannya, Aleya ambik keputusan untuk bercerai dengan Aizril.

Episod akhir

Last scene, Aleya pergi meninggalkan Aizril dengan menaiki sebuah teksi. Tiba-tiba, teksi tersebut terbabas akibat mahu menggelak dari melanggar sebuah kereta. Aleya keluar, muncul pulak seorang lelaki sebijik muka seperti Aizril. Dr Khuzairi... Macam sengaja bagi tergantung... Atau hint, akan adanya sambungan part 2 untuk drama ni.

Jangan pulak jadi seperti drama 7 hari mencintaiku la kan? Mia dan Khuzairi berbaik semula, then muncul pulak 'penyondol' lain. Jauh betul corner penyudah drama ni ye. Tak pun Khuzairi jatuh cinta pulak dengan Aleya. Timbul pulak konflik dengan Mia. Fuh! 

Kalau begitula sambungannya, memang dah tak layan dah drama ni lepas ni... Tu pun, kalaulah ada sambungan. Kan?

PENDAPAT TENTANG KESUDAHAN DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA

Pendek kata, nak kata happy tak jugak la dengan ending drama ni. Bagi Fiza la kann... Tak perlu pun scene teksi langgar kereta tu. Kalau nak sambung pun biarlah rahsia. Tak pun ikut je ending dalam novel. Nama pun drama. Kan? 

Then, sepatutnya dalam episod 62 tu pun dah boleh dah tamatkan drama ni... Masa Aizril dan keluarganya datang rumah melamar Aleya semula. Sepatutnya Aleya dah tolak awal-awal dah si Aizril tu... Tak perlu pun nak panjangkan scene. Tapi, itu sekadar pendapat Fiza jela ye. Kalau tak, macam mana la nanti... Nak sambung kisahnya jadi part 2. Hahaha...

PENGAJARAN

Apa-apa pun, banyak pengajaran yang kita boleh kutip dari drama ni. Antaranya... Walaupun bermacam-macam dugaan yang Aleya hadapi, tapi dia ada bff dan family yang sangat menyokong dia. Kalaulah ayah dan ibu Aleya masih tak boleh terima Aleya kawin dengan Aizril, Fiza rasa memang Aleya akan hadapi masalah mental. 

Kemudian, sebagai orang ketiga seperti Reen... Sepatutnya awal-awal lagi dah mengundur diri. Ni tak, makin Aizril tak nak... Semakin tu dia mengejar cinta Aizril. Tak malu betul. Padahal dia jugak menjadi punca kenapa anak Aleya tak dapat rawatan awal sebelum meninggal. Sanggup sembunyikan ubat astma anak Aleya dalam handbag. Rasa nak hempukkkk kepala dia masa tu. Kejam betul!

Terakhir sekali, buat apa kita nak stay dengan pasangan kita... Andai hati dah tak boleh nak terima dia. Bukan mudah nak hilangkan luka di hati yang dah berkali-kali dikhianati. 

Akhir kata, dalam dunia ni takde yang sempurna. Nama pun drama. Kan! Not bad la drama ni. Boleh je layan... Walaupun ada part yang kita rasa tak logik. 

Nak sempurna, better buat drama sendiri. Hahahaha... Fiza gurau je ye. Tamatlah sudah drama Andai Itu Takdirnya...

Korang layan tak drama ni?