Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

DRAMA BEREPISOD BUNGA AKU TUNGGU TV3, SINOPSIS DAN BARISAN PELAKON | Semalam merupakan episod pertama untuk drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang berjudul bunga aku tunggu. Ia akan bersiaran selama 13 episod, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau jugak boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas waktu ianya bersiaran di kaca TV.

Watak Pelakon

Kemudian, antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah seperti berikut :-
  1. Beto Kusyairy sebagai Kamal Iman
  2. Nelydia Senrose sebagai Bunga
  3. Atiq Azman sebagai Arjuna
Drama Melayu tv3
Sumber dari Facebook

Sinopsis Bunga Aku Tunggu

Drama bergenre saspens psikologi ini mengisahkan tentang Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. 

Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain yang akan berlaku antara mereka?

Macam menarik pulak jalan ceritanya... Kan? 

Lama dah tak tengok Nelydia berlakon semenjak dia dah berhijab ni. Makin cantik lah dia. Moga-moga dia terus istiqomah dan bahagia di samping suami tercinta. Suka tengok lakonan dia.