Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

MASUK WARD DISYAKI HIPERTIROID | Lamanya Fiza tak update blog. Banyak hal berlaku pada permulaan tahun 2023 dalam hidup Fiza sebenarnya. Fiza tak tahu nak start cerita dari mana. Malah, Fiza cuba untuk cari kekuatan dengan joined group fb TIROID DAN ANDA... So far, ok jugaklah sekarang.

Kisahnya...

Sejak Dhia WEAN-OFF dua bulan lepas, Fiza start hilang selera makan. Kemudian, buat kerja sikit mesti letih. Jantung pulak berdebar-debar. Ada jugak mengadu dengan encik suami. Tapi masa tu Fiza still tak ambik peduli, malah jalani kehidupan seharian seperti biasa. Sampailah satu ketika encik suami warded gara-gara selulitis. Masa tu Fiza semakin hilang selera makan, tapi tetap juga gagahi diri buat kerja rumah dan urus anak-anak.

Selepas 2 minggu encik suami warded. Fiza pulak masuk ward selama 2 hari. Entah tiba-tiba malam 19/1/2023 jam 11 malam, Fiza jadi tak selesa dengan jantung berdebar-debar tak berenti. Kaki dan tangan kebas-kebas. Perut seperti penuh dengan angin. Sudahnya, Fiza mintak encik suami hantarkan Fiza di unit kecemasan, hospital berdekatan. Anak-anak Fiza tinggalkan dengan nenek dorang. Nasib baikla Nur Dhia dah takde masalah untuk ditinggalkan dengan mak dan adik.

Ubat untuk hipertiroid

Di hospital, Fiza disoal dengan bermacam-macam soalan. Ambil darah, check jantung dan buat x-ray. Apa yang doktor dapat rumus berdasarkan simptom yang Fiza hadapi, kemungkinan Fiza ada hipertiroid. Mereka bagi Fiza makan ubat Propranolol untuk kurangkan debaran dan Carbimazole untuk tiroid. So far, lepas makan dua ubat tersebut... Simptom seperti berdebar-debar dan kebas dapat dikurangkan. Dua hari di hospital setelah check gula dan kolestrol ok. Fiza dibenarkan keluar wad. Cumanya, Fiza masih lagi kurang selera makan.

Baru-baru ni, encik suami belikan Fiza susu Immunz-IgG dengan harga RM98 setin 500gram... Dan disebabkan encik suami ahli farmasi, harganya RM92. So far Selepas beberapa hari minum, ada juga la selera nak makan.

Fiza akan ada temujanji dengan doktor 3/2/2023 ni untuk tengok result tiroid Fiza. Doakan semoga takde yang seriuslah hendaknya. Kemudian, dorang akan bagi tarikh untuk buat USG leher. 11 dan 12 Mei nanti Fiza akan ada temujanji di Pusat Jantung Samarahan untuk buat ECG dan ECHO jantung. Actually, Fiza pernah buat masa pregnant pada tahun 2020. Masa tu result normal. Takpelah, demi kesihatan diri kena jugak buat.  

Doakan Fiza ye agar urusan Fiza dipermudahkan. Sorry, lama tak blogwalking. Nanti ada masa Fiza jenguk ok.