Assalamualaikum,
Selamat Petang.

CHINTA ARJUNA TV3, KISAH CINTA TAK BOLEH DIPAKSA | Merupakan drama Melayu terbaru di Slot Sakura TV3, bersiaran setiap 6:00 petang, Isnin hingga Khamis dan telah pun mulai ditayangkan pada 13 Disember 2022 yang lalu. Drama bersiri 20 episod ini juga boleh di strim di tonton.com.my. Selain itu, darama arahan Shuhaimi Lua ini juga akan menampilkan barisan para pelakon seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Shweta Sekhon dan ramai lagi.

WATAK PELAKON/CAST DRAMA CHINTA ARJUNA

Kemudian, untuk watak yang dipegang oleh setiap para pelakon adalah seperti berikut :-
  1. Fadlan Hazim sebagai Arjuna
  2. Riena Diana sebagai Chinta
  3. Syarafi Sudarmaji sebagai Putra
  4. Shweta Sekhon sebagai Mawar
  5. Azizah Mahzan sebagai Nenda
  6. Sahronizam Noor sebagai Adika
  7. Chomell Fana sebagai Nana
  8. Eddy Syamin sebagai Zhafir
  9. Alif Hadi sebagai Syakir
  10. Raja Azmi sebagai Kak Bell
  11. Ikhwan sebagai Shah/Hadi
  12. Hisham Zainal sebagai Amir
  13. Ferth Jasni sebagai Danni
  14. Hilal Azman sebagai Dharma
  15. Elvina Chua sebagai Seri
  16. Shakira Stephen sebagai Zarina
  17. Miss Shuadda sebagai Ellyna
  18. Nadia Brian sebagai Julia
Sinopsis Drama Chinta Arjuna Di Slot Sakura TV3
Sumber dari Facebook Drama Sangat 

OST CHINTA ARJUNA

Lagu Tema : Pelan Pelan
Penyanyi : Paper Farah, Danial Ismail & Arief Peter
Komposer : Red Rahimad, Pown, Hasril & Otromen
Lirik : Arief Peter dan Sharif Nas

SINOPSIS DRAMA CHINTA ARJUNA

Drama ini mengisahkan tentang Arjuna (Fadlan Hazim) yang terlalu fokus unruk mengembangkan perniagaan peninggalan arwah ayahnya sehingga tidak mempunyai masa untuk bercinta. Arjuna yang sudah memasuki usia 30-an mula digosip di internet dimana dia dikatakan tidak berminat dengan perempuan.

Hal ini telah menimbulkan kerisauan neneknya (Azizah Mahzan). Calon-calon gadis yang diperkenalkan oleh nenda semuanya ditolak oleh Arjuna.

Justeru itu, Nenda ingin mencari calon isteri untuk Arjuna supaya dapat menutup gosip liar tersebut. Nenda telah mengatur satu percutian antara Arjuna dan Julia di Pulau Redang. Di sana Arjuna bertemu pula dengan Chinta dan mengupahnya untuk menyamar menjadi teman wanitanya selama 3 hari ketika mereka berada di pulau tersebut.

Selepas selesai misi menyamar tersebut, Nenda telah mengupah sekali lagi Chinta untuk bercinta dengan Arjuna tetapi kontrak tersebut dibuat tanpa pengetahuan Arjuna. Pendek kata, seolah-olah Chinta betul-betul sayang akan Arjuna.

Setelah berkahwin, Chinta mendapati Arjuna bukanlah individu seperti yang digambarkan, malahan Arjuna ingin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan menyayangi Chinta dengan sepenuh hati. Chinta mulai panik dan tidak mahu rahsianya terbongkar.

Pelbagai helah dan cara digunakan oleh Chinta untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh Arjuna.  Malahan, Chinta juga membuat provokasi dan mencabar seorang perempuan untuk memikat Arjuna. Chinta berharap dia boleh terlepas dari kontrak Nenda tanpa bayar penalti seterusnya keluar dari perkahwinannya dengan Arjuna. Namun, Arjuna tetap cintakan Chinta. 

Apakah akan berlaku sekiranya rahsia Chinta dan Nenda terbongkar? Adakah Arjuna dapat memaafkan Chinta? Nak tahu kisah disebaliknya, Jangan lupa saksikan Chinta Arjuna menerusi slot Sakura setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan korang juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Selamat menonton semua. ✌️

#DramaMelayuTV3
#SlotSakura
#ChintaArjuna