Assalamualaikum,
Selamat Tengahari.

Telefilem Penumpang | Just nak updated, telefilem terbaru berjudul Penumpang lakonan Rashidi Ishak dan Puteri Balqish akan ditayangkan pada malam ni, Sabtu 17 September 2022 jam 10 malam di Astro Citra. Berikut ringkasan info mengenainya :-

Telefilem jam 10 Astro Citra

Penumpang

Waktu Siaran : Sabtu, 17 September 2022, 10:00 malam
Rangkaian : Astro Citra 108, Astro  Go
Pengarah : Harith Al-Bakri
Produksi : Kl Motion Picture
Pelakon : Rashidi Ishak, Puteri Balqis Ashiqin

Sinopsis Penumpang

Telefilem ini mengisahkan tentang apa yang dialami oleh Dr Azmi dan isterinya. Pelbagai kejadian pelik berlaku di rumah Dr Azmi sehingga dia menyangka yang dirinya mengalami penyakit amnesia. 

Bagaimanapun, setelah isterinya Melissa turut mengalami pelbagai kejadian pelik dan menjumpai rambut di dalam tandas, Azmi mula mengesyaki ada orang yang tidak diundang tinggal dirumahnya.

Berjayakah mereka merungkai misteri tersebut? Nak tahu kisah disebaliknya, nantikan waktu tayangannya nanti pada malam ni, jam 10 malam di Astro Citra 108 dan Astro Go.

Selamat menonton semua. Have a nice day.

#PenumpangAstroCitra
#TelefilemAstroCitra