Assalamualaikum,
Selamat Malam.

KE HUJUNG NYAWA | Merupakan drama Melayu terbaru lakonan Fezrul Khan dan Jue Aziz, yang mana akan disiarkan di TV Alhijrah melalui saluran Astro 114 pada malam ini jam 9 malam. Drama di bawah arahan Ayie Mustafa dan skripnya ditulis oleh Azlina Pa’wan ini juga turut dibintangi oleh para pelakon lain seperti Natasha Elyzza, Rozita Che Wan, Ridzhuan Hashim, Chomel Fana dan Adam Shahz.

Drama TV Alhijrah
Sumber dari IG @fezrulkhan

Sinopsis Ke Hujung Nyawa TV Alhijrah

Drama ini mengisahkan tentang perkahwinan Syed Azhar dan Maya, yang mana bukan atas dasar cinta. Pendek kata, Masjid yang dibina kian rapuh menanti rebah.

Syed Azhar berhutang nyawa dengan pemandunya Alif. Alif telah menyelamatkan Syed Azhar dari kemalangan dan atas dasar tanggungjawab, Syed Azhar menjaga kebajikan balu Alif iaitu Jannah dan anaknya Aishah. Lama kelamaan perasaan cinta berputik. 

Apakah kesudahan kisah mereka? Adakah Syed Azhar menceraikan Maya lalu berkahwin dengan Jannah atau Maya dimadukan.

Nantikan waktu tayangannya nanti pada malam ini, jam 9 malam di TV Alhijrah.

Selamat Menonton semua. 😊

#DramaTVAlhijrah
#KeHujungNyawa