Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Amshar Bukan Asha | Merupakan drama atau telefilem yang bakal disiarkan bersempena dengan Raya Haji nanti di Astro Ria 104. Drama lakonan Naim Daniel, Farah Ahmad dan Syazwan Zulkifly ini akan bersiaran pada hari Ahad 10 Julai 2022, jam 10:00 pagi. Selain itu, korang jugak boleh tonton strim menerusi Astro Go/Ultra Box atau platform Sooka. Berikut info ringkas dan sinopsis mengenai telefilem ini, iaitu :-

Astro Ria

Amshar Bukan Asha

Waktu Siaran : Ahad, 10 Julai 2022, Jam 10:00 pagi
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go/Ultra Box, Sooka
Idea Asal : Shouq Mohamad
Penulis Skrip : CtJasmina
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : iFabulous Art Media&Event

Pelakon Amshar Bukan Asha

Kemudian, antara barisan pelakon yang akan turut berlakon di dalam telefilem ini adalah seperti :-
  1. Naim Daniel
  2. Farah Ahmad
  3. Syazwan Zulkifly
  4. Haidar Hasanudin
  5. Emma Sofea
  6. Raff Roslee dan
  7. Sahronizam Noor

Sinopsis Amshar Bukan Asha

Ia mengisahkan tentang kecelaruan identiti. Kisahnya bermula apabila Asmah, seorang mak yang mahukan anak perempuan. Namun, anak yang dilahirkannya itu adalah lelaki.

Anaknya Amshar mengalami kecelaruan identiti. Amshar ingin bahagia seperti remaja lain walaupun dirinya berbeza.

Membesar dengan perwatakan yang berbeza dan membiarkan dirinya menjadi tohmahan hanya kerana kasihnya. Kasih yang didambakan agar membawa kebahagiaan sehingga penghujungnya demi melihat ibunya bahagia.

Adakah ibunya benar-benar bahagia? Nak tahu apakah kisah sebenar disebaliknya, nantikan waktu siarannya nanti okeh!

Selamat menonton semua.

#AmsharBukanAsha
#TelefilemAstroRia