Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Roxy | Drama komedi terbaru yang akan mengisi slot Dahlia TV3 bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam.

Boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my. Berikut info ringkas mengenainya :-

Drama di slot dahlia TV3

Jumlah Episod : 20
Idea Asal : Syarizan Md Isa
Terbitan : Aqula Emas Sdn. Bhd
Arahan : M. Nazir Juhan aka Jet Lee
Skrip : Adza Emie, Intan Zarina Hassan Azal Azreen dan Marini Mat Zain

Pelakon Roxy 

Drama ini akan menampilkan para pelakon Malaysia seperti Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Amyza Aznan, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan, Tony Eusoff, Octavia Manrose, Zack Kool dan ramai lagi

Watak Pelakon

Kemudian, antara watak-watak yang dipegang oleh setiap pelakon adalah seperti berikut :-
  1. Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  2. Azlee Khairi sebagai Aqil 
  3. Eira Syazira sebagai Arissa
  4. Zack Kool sebagai Profesor Melon
  5. Aqeesh Aleeya sebagai Amira 
  6. Kween Keela sebagai Shushen
  7. Zizan Nin sebagai Darma

Lagu Tema/OST Drama Roxy

Lagu : Layar Bersama
Penyanyi : Yuveena
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devita dan Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devita dan Aden King

Sinopsis Drama Roxy TV3

ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar. 

Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  

Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.

Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  

Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  

Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya.

Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa?

Penutup

Adakah drama komedi ini mampu mencuit hati para penonton? Jangan lupa untuk menyaksikan drama Roxy, bermula malam esok. 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam menerusi slot Dahlia di TV3.

Selamat menonton semua.

Nota Kaki : First time tengok Nadiyah Shahab bawa kelainan watak dalam drama ni. Selalu bawa watak sebagai perempuan jahat. Kali ni bawak watak lucu pulak. Adakah drama ni akan jadi trending? Tunggu dan lihat. Okeh!

#SlotDahliaTV3
#RoxyTV3