Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Telefilem Langit | Merupakan drama yang bakal menemui penonton pada 25 Jun 2022 nanti, di dalam Slot Cerekarama TV3. 

Drama ini akan menampilkan Eira Syazira dan suaminya Azad Jasmin sebagai pelakon utama. Berikut sedikit info ringkas dan sinopsis mengenainya :-

Cerekarama TV3
Sumber dari Facebook Eira Syazira Shuhaimi

Cerekarama Langit TV3

Waktu Siaran : 25 Jun 2022, Sabtu, Jam 10:00 malam di TV3
Penulis Skrip : Moonrahdin (PGRs Screen)
Pengurus Produksi : Che Dan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penerbit : Datuk Hasniza Nordin

Pelakon

Kemudian, antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini, adalah seperti berikut :-
  1. Eira Syazira sebagai Raziah
  2. Azad Jasmin
  3. Fauziah Nawi
  4. Syed Ali Tar Mohd
  5. Syed Ali Murtadha dan
  6. Anne Abdullah

Sinopsis Langit TV3

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya. 

Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup sekaligus untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya. 

Adakah Raziah berjaya dengan perubahannya? Nak tahu kesudahannya, Kenalah tunggu waktu tayangannya nanti.

Penutup

Lama dah tak tengok Eira dan suaminya berlakon sama. Tadi, Tengok promo di TV macam sedih je jalan cerita drama ni.

In Shaa Allah, kalau ada kesempatan nanti bolehla tonton drama ni. Tak pun tonton live streaming online di www.tonton.com.my/live/tv3.

Selain itu, untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. Okeh! ✌️

Selamat menonton semua.

#cerekaramaTV3
#TelefilemLangit