Cara penyimpanan halia agar tahan lama di dalam peti sejuk | Assalamualaikum, hai... Harini agak lambat bersiaran. Biasalah kaum ibu, mesti sibuk dengan urusan di rumah bila hujung minggu kan. Bila dah masuk dapur, biasa ibu² lah yang sibuk bersih itu ini... Buang apa yang patut. Betul tak?

Kekadang tu... Bahan masakan la paling banyak dibuang, terutamanya jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Betul tak? Contohnya seperti cili, bawang, serai, lengkuas, halia dan sebagainya.

 Baca Juga  : Bila tercekik tulang

So, entri kali ni Fiza nak berkongsi tentang teknik penyimpanan halia agar tahan lama... Dan kaedah tersebut jugak sesuai digunakan untuk menyimpan serai dan lengkuas.

Cara mudah simpan halia agar tahan lama
Sumber : IG 5.min.crafts

Kaedahnya... Pertama, cuci bersih halia. Kemudian, masukkan di dalam balang kaca seperti di atas.

Cara simpan halia agar tahan lama
Sumber : IG 5.min.crafts

Then, tuangkan air sejuk yang telah dimasakkan. Simpan di dalam peti sejuk.

Last sekali, tukarkan air dalam balang tersebut selepas tiga ke empat hari. In shaa Allah, halia akan tahan lama.

Mudahkan. Selamat mencuba!

Oh! Ya, alang² dah bercakap pasal peti sejuk. If korang ada masalah nak service ke apa. Tak kiralah peti sejuk jenama apa... Bolehla contact acdingin... Terutamanya for those yang tinggal area Kuala Lumpur dan Selangor. Ramai yang bagi feedback... Service dorang tip top... Bukan peti sejuk je. Service Aircond pun dorang buat.  

Ok! Bye...