Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Bisik-Bisik Gelora merupakan Drama adaptasi daripada novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari, yang mana akan mengisi slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang akan tamat pada malam ni.

Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama. Berikut sedikit info ringkas mengenainya waktu siaran drama ini :-

Bisik-Bisik Gelora

Episod : 35
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2022
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian : Akasia TV3
Penuulis Novel : Fauziah Ashari
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri dan Edika Yusof

Akasia TV3
Sumber : raysharizrose_fans

Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Hafidz Roshdi sebagai Wari

Sinopsis Bisik-Bisik Gelora (Novel)

Drama ini mengisahkan tentang Banin Arumi yang merupakan anak tunggal kepada pasangan Tuan Akalil dan Puan Mayamin. Arumi yang sedang menunggu keputusan SPM telah dihantar ke kampung neneknya sebagai hukuman di atas kesalahan yang dilakukannya. Di Kampung Jiwa, Arumi ditinggalkan bersama dengan nenek dan nenek saudaranya, Nek Aji dan Nek Muya. Nek Aji dan Nek Muya sentiasa mencuba untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam diri Arumi walaupun Arumi sering saja membentak benci.

Jad Izzuddin pula anak bujang kepada Imam Imran, iaitu imam di kampung tersebut. Jad memang talam dua muka kerana di depan keluarga dia berperangai baik tetapi tanpa pengetahuan keluarga dia seorang yang teramat ‘nakal’ sehingga pernah pecah masuk rumah orang kampung dan mencuri wang tunai RM 15,000.

Kerana sikap mereka berdua, mereka telah ditangkap dalam keadaan yang mengaibkan sehingga keluarga membuat keputusan untuk menikahkan mereka. Jad tertanya-tanya, kenapa dia boleh tertidur di katil dengan cucu Nek Aji dalam keadaan separuh bogel? Arumi pula tetap menafikan yang dia tidak bersalah tetapi keadaan mereka tetap mencurigakan.

Selepas tujuh tahun peristiwa itu, mereka bertemu kembali dalam keadaan yang amat berbeza. Arumi terpaksa kembali ke Malaysia selepas 7 tahun di London, melarikan diri dari segala masalah dan Jad. Jad pula telah menjadi usahawan dengan membuka restoran selepas dua tahun meringkuk di penjara kerana kesalahannya. Namun, dendam di hati mereka tidak pernah padam walaupun setitik.

Arumi terus terperangkap dalam ‘kurungan’ Jad. Jad begitu berdendam dengan Arumi kerana perempuan itu tega melarikan diri tujuh tahun lalu sedangkan dia terpaksa menjual tanah ayahnya dan kehilangan kereta kesayangan demi menyelamatkan maruah mereka selepas diugut Yahya, kawan Jad yang telah berpaling tadah. Apakah yang dijadikan senjata oleh Yahya sehingga Jad sanggup berhabis beribu ringgit?

Pertemuan Arumi dengan Fakhri pula menjadi titik hitam dalam hidup Arumi sehingga Jad sanggup meletakkan maruah Arumi sebagai orang gaji di rumahnya. Dalam masa yang sama, kehadiran Nada yang pada mulanya merimaskan Jad telah menyebabkan Arumi makin terluka. Jad sanggup membawa Nada ke biliknya di depan Arumi tanpa merasa bersalah walau sedikit pun.

Dan…siapa pula yang dalam diam tetap memburu Arumi? Siapa yang membunuh Wilson, kenalan Arumi dari London? Kenapa kebanyakan mangsa bunuhnya hampir menyerupai paras Arumi? ( Update : Confirm! Wari punya kerja, sebab dia nampak psiko dan sangat suka dengan Arumi sejak Dari zaman sekolah lagi ).

Mampukah kehadiran anak yang dikandung Arumi mencairkan hati Jad yang sudah hampir menerima isterinya itu? - Sumber : Goodreads

Nak tahu apakah kisah disebaliknya, kenalah tunggu tayangannya nanti yang akan bermula pada malam esok, 21 Mei 2022 di slot akasia, setiap Isnin hingga Ahad dan semestinya di TV3.

Selamat menonton semua.

#bisikbisikgelora