Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Telefilem Cik Som Ongah, merupakan sebuah drama ulangsiar yang bakal ditayangkan di tv2 pada malam ni jam 9 malam.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah seperti Zila Bakarin, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Zalfazin, Hazman Al-Idrus dan Danny X-Factor.

Informasi
Sumber dari Facebook TV2

Sinopsis Cek Som Ongah

Ia mengisahkan tentang Cek Som lakonan Zila Bakarin yang merupakan wanita pertengahan usia, terjebak dengan aktiviti menjadi orang tengah dalam mencari jodoh.

Baginya dia gembira dapat membantu menjodohkan seseorang yang dirasakannya sesuai untuk dijodohkan. Ramai pasangan yang telah dibantunya.

Cik Som juga merupakan orang tengah yang telah berjaya mengatur jodoh antara Hanisa dengan Faizal. Begitu juga pasangan Suhaimi dengan Marhayu.

Pada masa yang sama, Cik Som bukan sahaja menjual jamu dan barang kemas, dia juga turut menjual kambing. Tetapi yang lebih diutamakan Cik Som adalah pencari jodoh. Semuanya itu dilakukan secara percuma dan Cik Som sangat gembira dengan kepercayaan yang telah diberi kepadanya.

Kesibukan Cik Som mencari jodoh untuk orang lain menyebabkan rumah tangganya terjejas dan suaminya terabai. Cik Som telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Masihkah ada kesempatan untuk Cik Som mengubah keadaan? Ataukah dia gagal mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri? Nak tahu kesudahannya, nantikan masa tayangannya malam nanti okeh!

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton di TV, korang berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Selamat menonton yeah!

#CekSomOngah
#DramaTV2